by Oh! Semput
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata pihak berkuasa perlu memberi justifikasi penahanan penganjur perhimpunan awam di mana SUHAKAM melihat ia sebagai satu tindakan yang “unjustified”.
“Suhakam mengiktiraf semangat para peserta untuk menegakkan hak mereka untuk kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman walaupun PDRM meletakkan penghadang di beberapa laluan di Kuala Lumpur,” kata suruhanjaya itu.
Sebarang percubaan untuk menghalang perhimpunan aman adalah satu tindakan membelakangi berperlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah menurut kenyataan pengerusinya Tan Sri Razali Ismail.
Suhakam berkata pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab mematuhi perlembagaan untuk jelaskan asas penangkapan dan menjelaskan apa kesalahan telah didakwa dilakukan oleh mereka yang ditahan.
Pihak polis telah dipuji kerana memudahkan dan menguruskan perhimpunan awam sambil menghormati hak balas penunjuk perasaan.
Suruhanjaya itu berkata ia akan mengemukakan pemerhatian terperinci ke Parlimen.