“Penari dalam MV raya sekadar untuk hiburan” – DSV

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 14 May 2022 04:30:33

Baru-baru ini, usahawan sensasi Datuk Seri Vida memaklumkan dirinya dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung video muzik (MV) raya yang mencetuskan kontroversi.

Menurut laporan, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali dengan jolokan nama DSV dikatakan hadir ke SKMM dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang disoal siasat oleh pegawai bertugas.

Difahamkan, keterangan tersebut mengambil masa hampir empat jam.alt

Pada masa yang sama, DSV mengatakan proses semasa memberi keterangan di SKMM bukanlah sesuatu yang mudah kerana disoal bermacam-macam soalan.

“Macam-macam soalan ditanya sepanjang empat jam memberi keterangan di SKMM.

“Ia bukan satu proses yang mudah, tapi saya harungi dengan penuh sabar dan positif.” katanya.

Menurut pemilik nama Hasmiza Othman itu, dia memberitahu dirinya berasa tertekana apabila isu tersebut diperbesarkan oleh segelintir pihak.

Tambahan pula, dirinya tidak pernah terfikir untuk mempromosikan elemen LGBT.

“Jujurnya saya sangat stress dan down apabila  isu sebegini diperbesarkan oleh segelintir pihak, sedangkan saya tidak pernah terfikir nak mempromosikan elemen LGBT.”luahnya.

alt

Jelas usahawan yang berasal dari Kelantan ini, penari dalam muzik video tersebut hanyalah untuk hiburan sahaja dan ia dipilih bagi memberikan sedikit kelainan kepada orang ramai.

“MV saya itu hanya untuk menyuntik kelainan dan memberi hiburan kepada orang ramai. Malangnya, saya perlu berdepan dengan masalah ini dan ke SKMM untuk memberi keterangan,” kata DSV kepada Harian Metro.alt

Ekoran itu, wanita itu meminta kepada netizen di luar sana agar berhenti mencari kesalahan dan mengecam dirinya.

Untuk rekod, Datuk Seri Vida dihimpit dengan kontroversi apabila penari latar MV lagu raya berjudul Muah Muah Raya itu adalah mempromosikan golongan LGBT dan tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilfitri.

: Instagram @datoserivida , Harian Metro (Najiy Jefri)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts