“Pencarian Jaslinda Seolah Seperti ‘Main Aci’, Dia Tak Patut Mendaki Sorang” – BOMBA

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 04 Jul 2026 03:02:42

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih, Tapah sebelum ini berdepan cabaran luar biasa apabila pasukan penyelamat disifatkan seperti sedang ‘main aci’ dengan mangsa.

Pegawai Bomba Kanan I, Muhammad Izham Aminuddin berkata, keadaan itu berlaku kerana Jaslinda dipercayai sentiasa bergerak ke lokasi lain setiap kali pasukan SAR selesai melakukan pencarian di sesuatu kawasan.

Advertisement

“Dalam bahasa kami, sebenarnya kami sedang ‘main aci’ dengan dia. Kami sampai di satu kawasan, buat pencarian dan tanda lokasi itu sudah diperiksa.”

“Esoknya dia pula sampai ke kawasan itu, sedangkan kami sudah bergerak ke sektor lain. Sebab itu pencarian menjadi sukar,” katanya ketika menjadi tetamu audio siar Borak Balai kendalian Abang Crime.

Menurut beliau, pasukan SAR tidak boleh mengulangi pencarian di lokasi yang sama kerana setiap sektor telah dirancang untuk diperiksa mengikut jadual bagi mempercepatkan operasi.

Jaslinda Saludin tidak sepatutnya meneruskan pendakian secara bersendirian di Gunung Batu Putih walaupun dikatakan mendapat kebenaran daripada malim gunung.

Menurutnya lagi , pendakian solo terlalu berisiko sekiranya berlaku kecemasan kerana tiada individu lain yang boleh membantu dengan segera.

@sembangohhyeah

Kesian Kak Jaslinda ,14 HARI HILANG DALAM HUTAN ??Ramai yang terus menghukum, tapi tak ramai tahu apa sebenarnya yang berlaku… Macam mana dia boleh bertahan selama 14 hari seorang diri dalam hutan? ?Itu antara tuduhan yang diterima selepas ditemui semula… Tapi bila dengar sendiri apa yang berlaku sepanjang 14 hari dalam hutan, cerita dia memang buat meremang. Tonton episod penuh di YT:Sembangohhhyeahh @podcastsembangohhyeahh #fyppppppppppppppppppppppp #sembangohhyeahhh #realiti #panas #KEBENARAN

? original sound – Sembangohhyeahh – Sembangohhyeahh

Sepanjang operasi itu, pasukan penyelamat turut menemui beberapa petunjuk, termasuk baju hujan koyak yang tersangkut pada duri serta beberapa kesan lain yang dipercayai menunjukkan laluan pernah dilalui mangsa.

Terdahulu, Jaslinda ditemui selamat pada 6 Jun lalu selepas hampir 15 hari dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan di Hospital Tapah sebelum dibenarkan pulang pada 9 Jun selepas keadaannya disahkan stabil.

Selepas insiden itu, Jaslinda turut tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kejadian yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kekasih noor nabila
2026-07-03 12:47:13

Teman Lelaki Noor Nabila Jual Mee Kari, Harga RM15.90 Semangkuk - "Kami Buat Dengan Penuh Keikhlasan.."

“Pencarian Jaslinda Seolah Seperti ‘Main Aci’, Dia Tak Patut Mendaki Sorang” – BOMBA first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts