by Oh! Semput

Sebanyak 4.2 Juta dekoder MYTV akan diedarkan kepada mereka yang layak. Menerusi MTTV, pengguna dapat menikmati perkhidmatan MyFreeview yang menawarkan saluran TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TVi,TV AlHijrah, dan Bernama. Mereka turut boleh mendengar saluran radio Nasional FM, Traxx FM, Minnal FM dan Ai FM.
Penerima hanya perlu menyambung dekoder kepada antena UHF dan TV sedia ada tanpa sebarang pemasangan tambahan. Pada ketika ini MYTV sudah mencapai liputan 87% di seluruh negara dan akan mencapai 98% menjelang akhir tahun ini.

Bagi anda yang menerima BR1M tapi masih belum dapat dekoder MYTV percuma ini, anda boleh membuat semakan nama melalui pautan ini: Semak Status Dekoder MYTV Percuma
BACA JUGA: Lebih 50,000 Penerima BR1M di Pahang Sudah Terima Dekoder TV Digital Percuma