by Oh! Semput

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersama isteri dan seorang bekas Timbalan Pengarah JANS tiba di pekarangan mahkamah, di sini, jam 9.20 pagi tadi.
Mereka tiba dengan menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk didakwa berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah membabitkan projek berkaitan air bernilai RM3.3 bilion.
Mereka akan berdepan sekurang-kurangnya 37 pertuduhan, termasuk rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.
Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri kepada bekas pengarah itu akan dihadapkan ke kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada timbalan pengarah jabatan itu, juga pada mulanya ditangkap akan menjadi individu ketiga untuk menghadapi tuduhan hari ini.
Difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah memberikan lampu hijau untuk mendakwa ketiga-tiga mereka.