Pengawal Keselamatan Warga Asing Dibelasah Teruk Kerana Cuba Mencabul Wanita Mengandung

by Oh! Semput


13
SHARES
169
VIEWS
Posted on 07 Nov 2016 06:00:37




JOHOR BAHRU - Viral di media sosial, seorang wanita mengandung mendakwa seorang pengawal keselamatan warga asing cuba mencabulnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang, 5 November lalu di RNF Johor Bahru, mangsa telah ditolak oleh seorang lelaki di dalam tandas sambil memegang kemaluannya.
"Isteri saya dan kawannya pergi ke bilik air. Semasa berada di dalam bilik air, seorang pengawal keselamatan di situ telah masuk lalu menolak isteri saya yang mengandung, sambil memegang kemaluannya. Malah lelaki itu turut berkata yang dia mahu memegang kemaluan isteri saya.

"Isteri saya terus lari keluar mendapatkan saya. Saya terus cari dan berjumpa dengan lelaki itu," kata Jamal Ismail.

Berdasarkan gambar, pengawal keselamatan warga asing itu telah dibelasah oleh Jamal sehingga bermandikan darah sebelum dihalang oleh rakan sekerja lelaki berkenaan.

"Saya kesal ada seorang lagi rakannya Husin, orang Melayu, mempertahankan lelaki itu dan mahu memukul saya.

"Apa yang membuatkan saya bertambah berang, pihak RNF merayu agar saya tidak membuat laporan polis," katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts