Kad Pengenalan Palsu: 6 Orang Dipenjara

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 28 Dec 2016 12:00:25


KAD PENGENALAN PALSU: Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang warga tempatan dipenjara di Tawau mengaku bersalah kerana memiliki 26 kad pengenalan palsu

TAWAU, 28 Dis – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhi hukuman penjara 30 bulan dan denda RM10,000 terhadap seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah kerana memiliki 26 kad pengenalan palsu.

Turut dijatuhi hukuman sama adalah seorang wanita rakyat Filipina yang mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Amir Shah Amir Hassan memerintahkan Brahim Awang Anak,51, dan Ateng Jalil, 30, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan (memiliki Kad Pengenalan Palsu) itu di sebuah bilik hotel di sini kira-kira 10.30 malam pada 21 Dis lepas.

Dalam pertuduhan berasingan, mahkamah sama menjatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 terhadap empat sekeluarga rakyat Indonesia selepas mereka mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu di sebuah rumah di Kampung Sri Menanti, Jalan Tanjung Batu Darat kira-kira 11.50 malam, 21 Dis lepas.

Baca Juga: Kad pengenalan palsu ‘made in Tawau’

Amir Shah turut memerintahkan Asna Satuan, 22, Asman Satuan, 22, Takin Satuang, 26 dan Junia Gasang, 50, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Kesemua enam tertuduh mengaku bersalah mengikut Peraturan-Peraturan 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Amir Shah juga memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap dan manakala Asna, Asman, Takin, Junia dan Ateng perlu dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman itu.

Mengikut fakta kes, kesemua enam tertuduh ditahan dalam dua serbuan oleh anggota penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis pada hari berkenaan.

Pemeriksaan mendapati kesemua kad pengenalan palsu dan dokumen, yang dalam pemilikan mereka, tiada dalam data simpanan JPN.

Prosiding itu dikendalikan oleh Pendakwaraya JPN Mohd Fazdhly Abdul Razak yang meminta hakim mengenakan hukuman berat kepada semua tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Pegawai Pendakwa JPN Mohd Fazdhly Abdul Razak mengendalikan pendakwaan kes itu. – BERNAMA


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts