Pengerusi Felda jumpa PM esok, bincang kemelut FGV

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 13 Jun 2017 00:01:11

Pertemuan Tan Sri Shahrir Abdul Samad (foto) dengan perdana menteri dijangka berlangsung esok di Kementerian Kewangan, Putrajaya. ― Foto BernamaPertemuan Tan Sri Shahrir Abdul Samad (foto) dengan perdana menteri dijangka berlangsung esok di Kementerian Kewangan, Putrajaya. ― Foto BernamaKEMAMAN, 13 Jun — Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu ini untuk membincangkan jalan penyelesaian terhadap kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Shahrir berkata pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Kementerian Kewangan, Putrajaya akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan FGV secara lebih terperinci.

“Saya kena jumpa perdana menteri untuk tahu lebih lanjut apa pandangan, apa yang dimaksudkan dengan laporan-laporan mengenai FGV ini, sebab saya duduk di luar.

“Felda hanya sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV.

“Mungkin dalam perjumpaan itu nanti akan tahu apa cadangan-cadangan yang sesuai, macam mana nak selesaikan isu ini. Insya Allah sempat sebelum raya ini.

“Ada lebih kurang dua minggu lagi (untuk selesaikan),” katanya. 

Shahrir bercakap kepada pemberita di majlis Ihya Ramadan Warga Felda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pengerusi Felda di Felda Kerteh 6 di sini semalam. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts