Penggantungan PN, Bersatu Pahang Mendakwa Tuduhan PAS Dan Wawasan Cuba Raih Simpati Atau 'Play Victim' Menjelang PRN Melaka

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 24 Sep 2026 20:00:32

KUANTAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang kesal dengan tuduhan PAS dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) berhubung perintah penggantungan dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid berkata, tuduhan dan naratif sempit itu hanya bertujuan meraih simpati atau 'play victim' menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Menurutnya, keputusan RoS dibuat secara adil selepas mendengar keterangan kedua belah pihak iaitu Bersatu dan  PAS  sebagai pentadbir PN.

"Selepas mendengar penjelasan dan meneliti bukti kedua belah pihak, RoS membuat keputusan untuk menggantung aktiviti PN sebelum tindakan seterusnya termasuk kemungkinan membatalkan pendaftaran PN.

"Tindakan ini membuktikan aduan Bersatu mengenai perlanggaran Perlembagaan PN dan penafian hak Bersatu sebagai anggota parti mempunyai asas dan merit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap gabungan itu mempunyai kaitan dengan agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik daripada pihak dalam serta luar perikatan berkenaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu mengambil maklum keputusan RoS, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan tersebut.

Malah, Wawasan turut mempersoalkan sama ada terdapat ‘tangan ghaib’ di sebalik tindakan menggantung PN yang berlaku serentak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Sebelum ini, RoS menegaskan pendaftaran PN tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu kini dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu.

RoS dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dan memberikan tempoh yang munasabah kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.

Dalam pada itu, Zakaria berkata,  PAS  dan Wawasan disaran bermuhasabah serta bersikap profesional dengan menjawab notis RoS dan mematuhi perintah penggantungan PN. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts