Pada minggu lalu, Apple telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi Apple iOS dan iPadOS kepada versi terbaru, iaitu iOS 27.2 dan iPadOS 27.2 untuk mengelakkan isu-isu kerentanan sekuriti yang diperlihatkan pada versi sistem operasi sebelum ini.
Kemaskini iOS dan iPadOS 27.2 dilaporkan menutup kerentanan merentasi 80 komponen dan perisian dalam peranti, termasuklah WebKit, Kernel, ImageIO, CoreMedia, CoreGraphics, FontParser, Wi-Fi, Bluetooth dan Apple Intelligence dan lain-lain.
Kerentanan sekuriti yang ditemui baru-baru ini akan membolehkan pihak penggodam untuk:
Pelaksanaan kod jarak jauh melalui kandungan web berniat jahat (WebKit) – pengguna hanya perlu melawat laman web yang direka khusus atau membuka kandungan web di dalam sesuatu aplikasi.
Keluar daripada persekitaran terasing (sandbox) WebContent oleh penggodam secara jarak jauh, yang membolehkan rantaian eksploitasi pelbagai peringkat.
Kerosakan memori kernel dan pendedahan memori kernel oleh aplikasi hasad, yang membolehkan peningkatan keistimewaan atau kompromi sistem.
Akses tanpa kebenaran kepada data pengguna yang sensitif dan pemintasan ciri Privasi (Foto, Kenalan, Kalendar, Siri, Pintasan, Masa Skrin, Fail).
Akses kepada kamera atau Bluetooth tanpa persetujuan pengguna; pemintasan pengesahan sijil melalui aplikasi hasad.
Kebocoran alamat e-mel sebenar pengguna semasa menggunakan ciri ‘Hide My Email’.
Akses jarak jauh kepada data sensitif melalui Apple Intelligence (model iPhone 15 Pro dan keatas).
Kerosakan memori atau penafian perkhidmatan (denial-of-service) oleh penggodam yang berada dalam lingkungan capaian radio Wi-Fi atau Bluetooth.
Kerosakan memori yang berpunca daripada imej, fon, fail PDF, fail audio/video, model 3D dan jemputan kalendar yang direka khusus.
Jika anda menggunakan peranti-peranti Apple yang disenaraikan, anda disarankan untuk mengemaskini peranti-peranti ini kepada sistem operasi 27.2 yang terbaru untuk mengurangkan risiko peranti anda dikompromi:
Apple iPhone 11 keatas
iPad Pro 12.9 inci generasi ke-4 keatas
iPad Pro 11 inci generasi ke-2 keatas
iPad Air generasi ke-4 keatas
iPad generasi ke-9 keatas
iPad Mini generasi ke-6 keatas
Untuk peranti Apple yang masih menggunakan sistem operasi iOS 26 ataupun 18, mereka disarankan untuk mengemaskini sistem operasi ke versi OS yang terbaru untuk mendapatkan kemaskini sekuriti yang terkini.
Pengguna juga disarankan untuk mendapatkan kemaskini secara terus daripada menu tetapan dalam peranti, dan untuk tidak klik sebarang pautan daripada SMS, emel, WhatsApp ataupun platform media sosial.
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah meningkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) daripada Rendah kepada Sederhana sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semas
Tahun ini Apple hanya menawarkan iPhone 18 Pro, 18 Pro Max dan Duo dengan model iPhone 18 akan dilancarkan pula awal tahun depan. Langkah baharu ini dilakukan bagi membolehkan pengeluaran iPhone dilakukan dalam dua suku berbeza dengan model lebih mampu mi
HONOR mengesahkan telefon pintar andalan terbarunya, Magic9 Pro Max, akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Sebelum itu, peranti tersebut terlebih dahulu dilantik sebagai Official Cinematic Imaging Smartphone bagi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu masalah tanah terbiar di negeri itu diselesaikan bagi membolehkan lebih banyak kawasan dibangunkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan memperkukuh keterjaminan
Kepekatan gas rumah hijau di atmosfera sekali lagi mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah, menurut laporan terbaru oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).Peningkatan berterusan ini menandakan dunia semakin menghampiri tahap pemanasan global yang le
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memfailkan representasi baharu bagi menggugurkan pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, susulan beliau diterima menghadap oleh Istana
Anak sulung pelakon Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim, 23, mengakui banyak mendapatkan panduan daripada bapanya sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.Danish Hakim Bakal Bergelar Suami Disember IniMenurut Danish, Norman tidak pernah
ChatGPT nampaknya terus berkembang pesat dari hari ke hari. Mengikut data terbaru yang dikongsikan pihak ChatGPT ksebelum ini, perkhidmatan kecerdasan buatan janaan berkenaan kini mempunyai 1.2 bilion pengguna aktif mingguan.Disamping bertanyakan pelb
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menegaskan nama istana dan gelaran kebesaran bukan barang dagangan atau lesen untuk meraih keuntungan serta kepentingan peribadi, sebaliknya membawa amanah dan tanggungja
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mencipta sejarah dalam bidang perubatan apabila menjadi institusi pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menggunakan implan suara boleh laras untuk merawat pesakit ya