Pengguna TNG eWallet Kini Boleh Menempah Kenderaan Seru Pandu Di Luar Negara Terus Dalam Aplikasi

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 05 Nov 2026 10:30:46

Bagi ramai pelancong, proses mendapatkan pengangkutan sebaik tiba di luar negara sering menjadi antara perkara utama yang perlu diuruskan. Bagi memudahkan urusan tersebut, TNG eWallet kini menawarkan ciri tempahan seru pandu di luar negara yang boleh diakses terus melalui aplikasinya.

Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh menempah dan membayar perkhidmatan seru pandu tanpa perlu memuat turun aplikasi lain atau mendaftarkan akaun baharu. Ini bermakna keseluruhan proses, daripada tempahan hingga pembayaran, boleh dilakukan terus menerusi TNG eWallet. Bagi merealisasikan ciri ini, TNG eWallet bekerjasama dengan Alipay+ sekali gus membolehkan perkhidmatan berkenaan diakses di 47 negara dan lebih 12,000 bandar di seluruh dunia. Antara penyedia yang disokong termasuk Bolt di Eropah, Lyft di Amerika Syarikat dan Kanada, GO di Jepun, Kakao T di Korea Selatan serta DiDi di China.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mencari fungsi “Ride Hailing Overseas” dalam aplikasi TNG eWallet. Seterusnya, pilih bandar, tetapkan lokasi pengambilan dan destinasi sebelum memilih jenis kenderaan yang dikehendaki. Setelah tempahan dibuat, maklumat pemandu serta butiran perjalanan akan dipaparkan terus dalam aplikasi. Menariknya, tambang perjalanan turut dipaparkan lebih awal sebelum pengguna mengesahkan tempahan, manakala rekod perjalanan dan transaksi boleh diakses terus melalui TNG eWallet.

Pengenalan ini menjadikan TNG eWallet antara dompet digital terawal dari Malaysia yang menawarkan tempahan dan pembayaran perkhidmatan seru pandu global dalam satu aplikasi. Dalam masa sama, aplikasi ini turut menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan perjalanan seperti pembayaran rentas sempadan, eSIM dan tawaran pelancongan bagi melengkapkan pengalaman pengguna ketika berada di luar negara.

: TNG eWallet

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts