Pengguna BMW Kecewa – Iklan Spider-Man Dipaparkan Pada Papan Pemuka Kenderaan

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 05 Aug 2026 14:00:42

BMW sering dijenamakan selari dengan kenderaan mewah. Namun, baru-baru ini, sejumlah pengguna kenderaan BMW kecewa, apabila pihak BMW mula memaparkan iklan dalam papan pemuka kenderaan berkenaan. Iklan filem Spider-Man dimainkan, bersama-sama promosi untuk BMW iX3 SUV.

Ramai pengguna BMW agak terkejut dan kecewa dengan kandungan promosi ini yang dipaparkan pada kenderaan mereka – apatah lagi penawaran BMW sering dipasarkan sebagai mewah dan premium.

Mengikut BMW, kandungan promosi atau iklan ini akan dipaparkan pada kenderaan bermula 27 Julai 2026 sehingga 10 Ogos 2026, melibatkan pengguna di 70 buah negara. Kenderaan yang menggunakan BMW OS 7, 8, 8.5, 9 atau BMW OS X akan dipaparkan dengan kandungan ini.

Sejumlah pengguna sedia menyatakan kekecewaan mereka melalui platform sosial, namun ia dilihat seperti BMW mungkin tidak akan membatalkan paparan iklan ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts