Imej Pengolokan ASUS Googlebook Diperlihatkan – Hadir Dengan Palang Cahaya Di Bahagian Belakang

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 10 Aug 2026 07:01:02

Pada minggu lepas kami telah melaporkan tentang tirisan imej promosi untuk peranti komputer riba Googlebook oleh Lenovo. Terkini, imej pengolokan untuk ASUS Googlebook juga telah tertiris ke arena web, dan ia tampil memperlihatkan keunikannya tersendiri.

Rekaan Googlebook oleh ASUS nampaknya menggunakan rekaan ultra nipis seperti ASUS Zenbook yang diperlihatkan untuk komputer riba nipis dan ringan mereka. Melihat kepada gambar-gambar yang ditiriskan oleh Digital Citizen, ASUS Googlebook ini akan tampil dengan penawaran berwarna kelabu gelap dan satu ciri unik yang tidak diperlihatkan pada penawaran lain setakat ini.

Dan ia adalah fungsi Glowbar yang nampaknya merupakan sebuah ciri eksklusif pada komputer riba Googlebook keluaran ASUS. Ciri tersebut bukanlah sesuatu yang baru, ia baru-baru ini diperlihatkan pada peranti Google Pixel 11 yang memperlihatkan status peranti berbeza, seperti pengecasan, notifikasi panggilan, permesejan dan juga sebagai notifikasi apabila Google Gemini sedang digunakan.

Pada komputer riba ini, ciri Glowbar ini dimuatkan di bahagian belakang paparan skrin sebagai sebuah jalur cahaya nipis yang memperlihatkan empat warna logo Google, iaitu biru, hijau, kuning dan merah. Sama seperti apa yang diperlihatkan pada siri peranti Pixel 11, Glowbar ini juga dikatakan akan hadir dengan fungsi yang sama, tetapi buat masa ini tiada butiran yang mengsahihkan butiran ini.

Sama seperti komputer riba Lenovo Googlebook, jangkaannya ialah ASUS akan memperlihatkan penawaran Googlebook mereka sendiri tidak lama lagi, juga di acara IFA Berlin 2026 yang akan berlangsung pada minggu pertama September 2026.

: Digital Citizen

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts