by Oh! Semput

GAMBAR fail, satu majlis di Parlimen Naypyidaw pada 30 Mac. – Foto http://www.dailymail.co.uk/
NAYPYIDAW: Kerajaan Myanmar sedang menggubal undang-undang yang akan menyaksikan lelaki mungkin dipenjara hingga tujuh tahun jika menyebabkan seseorang wanita mengandung tetapi tidak mengahwininya, kata pegawai kanan hari ini.
Peruntukan itu adalah sebahagian daripada undang-undang ketat baharu yang diwujudkan untuk memperkukuhkan hak wanita, yang mana negara itu secara terbuka selepas setengah abad melaksanakan undang-undang tentera.
Pengarah di Jabatan Kebajikan Sosial, Naw Tha Wah berkata, undang-undang baharu itu mungkin julung kalinya bagi kesalahan keganasan rumah tangga dan hukuman berat untuk kesalahan rogol secara berkumpulan.
Jika diluluskan di parlimen, undang-undang terbabit akan membawa hukuman penjara selama lima tahun bagi mana-mana lelaki yang enggan mengahwini wanita selepas mereka tinggal bersama dan sehingga tujuh tahun jika wanita itu mengandung.
“Ketika ini kami sedang menggubal undang-undang untuk melindungi wanita dan mengekang keganasan terhadap mereka, kata Naw Tha Wah yang memberitahu – AFP.
Category: Dunia