Penjelasan Isu Bangunan Kediaman Bertingkat Didiami Etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau Mukim Ulu Langat

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 15:00:33

alt

Menurut Menteri Besar Selangor Darul Ehsan, Dato’ Seri Amirudin bin Shari:

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat berhubung isu bangunan penempatan Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat yang tular di media sosial baru-baru ini.

Untuk makluman, tindakan dan penguatkuasaan terhadap struktur yang dibina tanpa kebenaran di kawasan tersebut bukanlah perkara baharu. Pelbagai tindakan telah diambil oleh agensi kerajaan sejak tahun 2016 termasuk pengeluaran notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta tindakan penguatkuasaan oleh PDT Hulu Langat, MPKj, LUAS, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia serta perobohan.

Kerajaan Negeri menegaskan akan terus memantau keadaan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang sedia ada.

Orang ramai disaran merujuk kepada fakta serta kenyataan rasmi pihak berkuasa dan tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan di media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi Dato’ Seri Amirudin bin Shari

X Rasmi Dato’ Seri Amirudin bin Shari


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts