Penjelasan Behubung Jawapan Soalan Tambahan di Dewan Rakyat Mengenai Isu Pengguguran Kandungan

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 09 Jul 2026 11:30:27

alt

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):

YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Penbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil maklum terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berhubung jawapan yang telah saya berikan bagi soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas semasa sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada 6 Julai 2026.

YB Lim Hui Ying ingin pihak yang berkenaan mengetahui bahawa di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574], khususnya Seksyen 312 hingga Seksyen 316, pengguguran kandungan pada asasnya merupakan suatu kesalahan jenayah. Walau bagaimanapun, undang-undang Malaysia turut memperuntukkan pengecualian yang jelas di bawah Seksyen 312.

Pengecualian tersebut membenarkan penamatan kehamilan dilakukan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 jika pengamal perubatan tersebut berpendapat, dengan suci hati, bahawa penerusan kehamilan itu akan melibatkan risiko kepada nyawa perempuan hamil itu, atau kecederaan kepada fizikal atau mental beliau. Dalam keadaan sedemikian, penamatan kehamilan adalah dibenarkan di sisi undang-undang.

Mungkin timbul kekeliruan atau salah anggap terhadap maklum balas YB Lim Hui Ying di Dewan Rakyat pada hari tersebut apabila tidak menyatakan secara jelas mengenai peruntukan pengecualian di bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan. Namun, kenyataan itu adalah merujuk secara spesifik kepada soalan tambahan iaitu “berkenaan dengan jumlah klinik yang dikesan melakukan perkhidmatan pengguguran secara haram tanpa kebenaran di seluruh negara”.

YB Lim Hui Ying ingin menegaskan bahawa penjelasan yang diberikan tidak bertujuan untuk mengetepikan pengecualian yang diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada berhubung pengguguran kandungan. Salah tafsiran terhadap maklum balas mungkin timbul apabila ia dilihat dari sudut yang berbeza, serta mungkin tajuk pelaporan yang tidak menggambarkan keadaan keseluruhan.

YB Lim Hui Ying dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa menghormati dan mengiktiraf kerangka perundangan yang berkuat kuasa di negara ini. YB Lim Hui Ying menghargai pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak dan berharap penjelasan ini dapat menjernihkan sebarang kekeliruan mengenai kenyataan tersebut serta kedudukan undang-undang berkaitan.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPWKM

Instagram Rasmi KPWKM

X Rasmi KPWKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts