Pensyarah Kanan Didakwa Pengikut Freemason & Minum Arak, UM Mulakan Siasatan

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 12 Feb 2026 06:32:42

Universiti Malaya (UM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan universiti itu sebagai pengikut Freemason.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum isu berkenaan dan akan mendapatkan gambaran menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Advertisement

Pensyarah UM

Siasatan akan dijalankan secara adil dan telus, berpandukan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

“UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, dakwaan berkenaan timbul selepas tular satu perkongsian gambar di media sosial yang mendakwa seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan terlibat sebagai pengikut Freemason.

Sehubungan itu, UM turut meminta orang ramai agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan bagi menjaga integriti siasatan dan privasi semua pihak yang terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

menteri sumber manusia
2026-02-11 11:00:59

Pekerja Swasta Kini Boleh Mohon Kerja Fleksibel Termasuk 'Work From Home' - Menteri Manusia

Pensyarah Kanan Didakwa Pengikut Freemason & Minum Arak, UM Mulakan Siasatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts