Penulis Umno pertahan pengedaran buku hentam Pakatan di sekolah

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 18 Mar 2018 08:01:48

KETUA penerangan Umno Selangor Zein Isma Ismail hari ini mempertahankan pengedaran buku yang menghentam Pakatan Harapan di beberapa program rasmi sekolah di negeri itu. 

Zein berkata buku “Viral 3.0 @ Zeinisma, Transformasi Selangor Maju Bersama BN” hanya kompilasi artikelnya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia dan merupakan projek peribadinya. 

"Saya keluarkan buku ini. Ia hasil usaha saya sendiri, saya jadikan ia sebagai buku," kata Zein kepada The Malaysian Insight. 

Berkenaan pengedaran buku itu, beliau berkata ia melalui kedua-dua saluran rasmi dan tidak rasmi parti. 

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi mempersoalkan bagaimana bahan politik boleh diedarkan di sekolah.

Exco pendidikan Selangor itu mendakwa buku berkenaan diedarkan pada mesyuarat PIBG di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh. 

"Ada ibu bapa di SK Saujana Utama melaporkan menerima bahan ini pada program sekolah," katanya menerusi Twitter semalam.

Nik Nazmi turut mempersoalkan mengapa ada amalan double standard di sekolah kepada pemimpin pembangkang dan kerajaan persekutuan.

"Menteri Besar Selangor dan ketua menteri Pulau Pinang tidak dibenarkan masuk ke sekolah walaupun untuk program kerajaan. Malah saya sebagai exco pendidikan pun tidak dibenarkan.

"Tetapi Umno bebas untuk mengedarkan bahan politik di sekolah," katanya. 

Buku berkenaan mengandungi beberapa bahagian yang mensasarkan untuk merosakkan reputasi parti Pakatan Harapan, seperti  “DAP kekal taiko Pakatan”, “Kerajaan Selangor terlalu angkuh” dan “Penyakit Pembangkang Menjelang PRU14”.

Zein memberitahu The Malaysian Insight beliau tidak pasti bagaimana buku berkenaan boleh masuk ke mesyuarat PIBG, namun tidak menafikan ia diedarkan di sekolah. Beliau mendakwa sudah mencetak buku itu 30,000 naskhah dan beliau akan mencetak lagi 100,000 salinan. 

"Buku itu ada di mana-mana di Selangor. Saya tidak tahu bagaimana iamasuk ke mesyuarat PIBG tetapi ia ada di mana-mana."
 
Zein turut menyelar mereka yang menyebarkan khabar angin itu dan mendakwa beliau berhak mencetak buku berkenaan. 

"Apa masalah mereka? Mengapa mereka nak bising? Tiada apa yang salah untuk saya cetak buku.

"Kalu mereka tak suka, buangkan saja. Jangan baca, kenapa nak kecoh pasal ni?" soalnya. – 18 Mac, 2018. 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts