Penumpang cuba masuk kokpit, pesawat MAB berpatah balik

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 31 May 2017 16:03:25

Pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Melbourne satu jam selepas berlepas tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini. — Foto ReutersPesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Melbourne satu jam selepas berlepas tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 31 Mei — Pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) terpaksa kembali ke Melbourne, Australia malam ini selepas menerima gangguan penumpang.

“MH128 yang berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam dan dijadual tiba pada 1 Jun 5.28 pagi berpatah balik selepas kapten diberitahu mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit,” menurut MAB dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Melbourne satu jam selepas berlepas tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Pihak keselamatan kini dalam usaha memeriksa pesawat tersebut.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts