Penyanyi Terkenal Tiba-Tiba Hilang Beberapa Bulan, Dirakam Kendong Bayi Baru Lahir Bersama Tunang

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 12 Sep 2026 06:31:01

Penyanyi terkenal dunia, Lady Gaga, 40, kini dilaporkan bergelar ibu selepas menyambut cahaya mata pertama bersama tunangnya, Michael Polansky, 42.

Berita tersebut dilaporkan selepas pasangan berkenaan dilihat bersama seorang bayi di Northern California baru-baru ini, sekali gus menjadi penampilan pertama mereka bersama cahaya mata selepas sekian lama merahsiakan perkembangan kehidupan peribadi.

Advertisement

Kemunculan Gaga bersama bayi itu juga menjawab sedikit persoalan yang timbul selepas penyanyi berkenaan dikatakan semakin jarang muncul di khalayak ramai sejak beberapa bulan lalu.

Gaga dilaporkan kali terakhir dilihat pada Ogos sebelum keadaan tersebut mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang sekeliling dan peminat.

Lebih menarik perhatian, sumber yang didakwa rapat dengan Gaga sebelum ini memberitahu Daily Mail bahawa terdapat individu dalam lingkungan penyanyi itu yang mengesyaki dia telah berkahwin secara senyap dengan Polansky sebelum pasangan tersebut mengambil keputusan menjauhkan diri daripada perhatian umum.

“Orang-orang terdekat rasa dia kahwin lari dengan Michael dan kini sedang berbulan madu. Mereka sedang rancang untuk memiliki anak,” jelas sumber berkenaan.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai perkahwinan rahsia itu belum disahkan.

Malah, perkembangan terbaharu mengenai kemunculan Gaga bersama bayi mereka hanya mengesahkan bahawa pasangan berkenaan kini mempunyai cahaya mata, namun butiran lanjut mengenai bayi tersebut masih belum didedahkan.

Identiti bayi termasuk nama, jantina dan tarikh kelahiran juga masih dirahsiakan.

Dalam pada itu, ada peminat membuat spekulasi mengenai kaedah yang digunakan Gaga untuk mendapatkan cahaya mata, termasuk andaian mengenai ibu tumpang. Namun, setakat ini tiada pengesahan sahih mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, Gaga dan Polansky mula menjalin hubungan pada 2019 sebelum bertunang pada 2024.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Redza rosli
2026-09-11 11:32:17

“Kenapa Mengelak?” – Kontroversi Rumah Tangga Berantakan, Redza Rosli Sekali Lagi Enggan Temu Bual Media

Penyanyi Terkenal Tiba-Tiba Hilang Beberapa Bulan, Dirakam Kendong Bayi Baru Lahir Bersama Tunang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts