Peralihan MyKad Generasi Baharu, Urusan Cetakan Dijangka Alami Gangguan Sementara 26 Hingga 31 Ogos

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 11:00:14

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 hingga 31 Ogos 2026.

Menurut JPN, gangguan itu berlaku ketika pihaknya sedang melalui proses peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu.

Sehubungan itu, orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Bagi urusan permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, JPN turut menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya menunggu seketika untuk membolehkan mereka menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU. pic.twitter.com/DvrRfsgxvn

— Jabatan Pendaftaran Negara </div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts