Ada perkara yang tidak diberitahu oleh lelaki kepada perempuan kerana ini adalah rahsia mereka

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 10 Aug 2017 08:01:20


Jika wanita adalah makhluk yang misteri, lelaki juga penuh dengan rahsia. Umumnya, lelaki menyimpan rahsia kerana tidak pandai mengekspresikan sesuatu.
Ringkasnya, lelaki mempunyai rahsia yang sebenarnya mereka ingin wanita tahu. Apa rahsia tersebut? Semak ulasan memetik dari laman Boldsky:
Berinisiatif
Lelaki adalah pihak yang sering dituntut mengambil inisiatif dalam setiap perkara. Kadangkala, lelaki ingin wanita yang bertindak mengambil inisiatif dan tidak selalu bergantung pada lelaki. Perkara ini membuat lelaki rasa tidak selalu dituntut dalam hubungan.
Berikan senyuman
Sedikit senyuman memberi semangat tambahan untuk lelaki. Jadi, jika anda sedang tidak boleh berbuat banyak untuknya, sekadar memberikan senyuman sudah sangat bermakna. Dia akan memikirkan anda sepanjang hari dan membayangkan tentang masa depan bersama hanya dengan sebuah senyuman.
Tidak salah paham
Ramai wanita rasa kesal apabila kekasihnya melirik wanita lain. Mereka menganggap lelaki akan segera meninggalkannya demi wanita yang dilirik di jalanan. Padahal menurut lelaki, melirik wanita bukan bermakna dia tertarik padanya. Bukan pula bermakna anda tidak cantik. Jangan salah faham tentang hal ini.
Dia memikirkan anda
Wanita juga sering salah faham jika kekasihnya tidak mengkhabarkan berita setiap masa. Mereka berfikir bahawa kekasihnya melupakannya dan tidak pernah mengingatinya. Padahal, memang sifat lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaannya dengan cara yang tepat. Sehingga, tidak mengkhabarkan berita bukan bermakna dia tidak memikirkan anda.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts