by Oh! Semput
Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Menteri Manusia dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong menggesa supaya perhimpunan ‘Ops Terjah’ yang dirancang di sebuah kuil Hindu berhampiran Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac ini dibatalkan serta-merta.
Menerusi kenyataan di Facebook, beliau memaklumkan telah menerima maklumat mengenai satu hantaran di Facebook berhubung demonstrasi berkenaan dan memandang serius perkara itu kerana berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

Menurut beliau, sebarang bentuk provokasi berbentuk perhimpunan di rumah ibadat bukan sahaja tidak membantu menyelesaikan isu berbangkit, malah boleh mengeruhkan keadaan.

Sim turut menegaskan komitmennya untuk mempertahankan hak semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
Sehubungan itu, beliau menggesa penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan serta menghentikan sebarang bentuk provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara.

Artikel lain: “Apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan” -Titah Sultan Pahang
Dalam masa sama, beliau memaklumkan telah meminta Polis Diraja Malaysia memantau keadaan bagi memastikan tiada perhimpunan provokatif diadakan oleh mana-mana pihak di kawasan berkenaan.