Acer Perkenalkan Komputer Riba Premium Mesra Baik Pulih, Vero 16 Di IFA 2026

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 07 Sep 2026 07:30:13

Acer membuktikan komitmen mereka terhadap kelestarian dengan memperkenalkan Acer Vero 16, komputer riba premium terbaru yang direka bukan sahaja untuk prestasi, tetapi juga untuk kebolehbaikan dan kemudahan naik taraf perkakasan.

Dengan penggunaan plastik kitar semula dan aluminium rendah karbon, Vero 16 menekankan prinsip “reduce, reuse, recycle” sambil memperkenalkan ciri baharu seperti buka peranti tanpa alat, engsel boleh tanggal, penutup port boleh diganti, serta bateri dan SSD yang mudah ditukar pengguna.

Acer Vero 16 turut tersedia 2x port Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 1 Type-A, USB 3.2 Gen 2 Type-A, pembaca kad SD, HDMI® 2.1 dengan sokongan HDCP dan bicu audio 3.5 mm.

Dari segi prestasi, Vero 16 dikuasakan oleh Intel Core Ultra Series 3 (pilihan spesifikasi tertinggi sehingga Intel Core Ultra X9 processor 388H) yang menyokong produktiviti dan kreativiti berasaskan AI.

Ia dilengkapi skrin OLED 16 inci beresolusi sehingga 3K, sokongan RAM sehingga 32GB LPDDR5x, dan storan SSD 512GB, manakala kuasa grafiknya dipacu cip Intel.

Ciri tambahan lain termasuklah kamera IR 5MP dengan penutup privasi, serta pembesar suara anti‑getaran.

Acer Vero 16 berjaya meraih anugerah di IFA 2026 bagi kategori Best in Computing & Gaming.

Vero 16 turut menyokong Windows 11 Copilot+, dengan fungsi seperti Cocreator, Live Captions, dan Studio Effects.

Acer melengkapkan pengalaman dengan alat AI tersendiri, termasuk pengimbas QR segera, penjana imej AI, dan mod persidangan dipertingkatkan.

Acer Vero 16 akan mula ditawarkan di pasaran EMEA pada suku pertama 2027, dengan  harga yang akan diumum nanti.

{suggest}

Acer Perkenalkan Komputer Riba Premium Mesra Baik Pulih, Vero 16 Di IFA 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts