Perkhidmatan Waymo Akan Dilancar Di Singapura Pada 2028 Menggunakan Model EV Jaguar I‑PACE

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 02 Oct 2026 11:00:16

Syarikat teknologi pemanduan autonomi, Waymo mengumumkan pelancaran perkhidmatan e‑hailing autonomi sepenuhnya di Singapura pada tahun 2028, hasil kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura.

Waymo sudah mencatat lebih 20 juta perjalanan autonomi dan 300 juta kilometer pemanduan, dengan pengurangan 94% insiden kemalangan berbanding pemandu manusia di bandar‑bandar Amerika.

Perkhidmatan Waymo Akan Dilancar Di Singapura Pada 2028 Menggunakan Model EV Jaguar I‑PACE
Antara ciri keselamatan pada EV autonomi ini termasuklah penderia khusus yang menggabungkan teknologi lidar, radar, dan kamera yang menyediakan pandangan 360 darjah untuk mengesan serta meramalkan pergerakan pejalan kaki, penunggang basikal, dan pengguna mobiliti aktif, demi memastikan interaksi yang berhati-hati dan boleh dijangka di jalan raya bandar yang sibuk.

Menteri Pengangkutan sINGAPURA, Jeffrey Siow menyatakan sokongan penuh, menekankan manfaat terhadap pilihan mobiliti, ekosistem teknologi, dan peluang pekerjaan. Co‑CEO Waymo, Tekedra Mawakana pula menegaskan komitmen terhadap keselamatan, kelestarian, dan keterlibatan komuniti.

Di Singapura, fasa persediaan perkhidmatan Waymo ini akan bermula 2027 dengan pemanduan manual oleh pakar untuk menyesuaikan sistem Waymo Driver kepada keadaan tempatan seperti geometri jalan dan cuaca monsun.

Pelancaran komersial pula dijangka pada 2028 melalui aplikasi Waymo, menggunakan kenderaan elektrik Jaguar I‑PACE.

{suggest}

Perkhidmatan Waymo Akan Dilancar Di Singapura Pada 2028 Menggunakan Model EV Jaguar I‑PACE WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts
Side News
Stat Counter