PAS Perlu Dekati Profesional Jika Mahu Kekal Relevan

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 28 Dec 2016 07:00:34

ISLAM

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) pernah menghampiri langkah untuk menggantikan UMNO sebagai alternatif parti Melayu kedua . Ramai orang skeptikal mengenai pandangan ini tetapi sebenarnya ia adalah hakikat.

Sewaktu pemecatan Anwar dalam kabinet dan UMNO pada 1998, PAS secara tiba-tiba dilihat oleh orang Melayu sebagai pilihan menggalas tugas sebagai parti alternatif Melayu menggantikan UMNO.

Anwar punyai ramai musuh politik luar sewaktu beliau bersama UMNO. Mat Sabu, Lim Kit Siang antara watak villain atau watak antagonis kepada UMNO.

Pada hari Anwar dipecat, yang hadir awal menyatakan simpati adalah musuh beliau sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Fadhil Nor, Almarhum Ishak Baharom , Tian Chua antara pelopor pemimpin oposisi yang hadir memberikan simpati pada Anwar. Pemimpin UMNO yang hadir menyatakan simpati hanya seorang, iaitu Muhyidin Yassin.

Dari musuh kini menjadi kawan. Itulah sebenarnya wajah politik , rakan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan.

PAS memainkan peranan cukup besar dalam mengalihkan aliran sokongan ahli UMNO dan Melayu atas pagar untuk membantu PAS mengalahkan UMNO. Saat itu Melayu memang turun berkempen dalam pembangkang untuk menumbangkan UMNO.

Siri ceramah menjelang kempen pilihanraya 1999 menyaksikan puluhan ribu Melayu hadir pada setiap ceramah kecil dan besar PAS.

Namun dalam keadaan momentum cukup tinggi Melayu sedia untuk menumbangkan UMNO, Dr Mahathir melakukan tindakan bijak.

Beliau menafikan hampir 650 ribu pengundi baru daripada layak untuk mengundi pada PRU 1999. Jika 650 ribu pengundi baru ini dibenarkan mengundi, UMNO mungkin sudah separuh lumpuh terlebih awal.

Terengganu tumbang ke tangan PAS. Kedah tidak mendapat 2/3 majoriti dan DUN Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah pembangkang memperoleh beberapa kerusi.

Peranan besar pimpinan PAS dalam mengalihkan sokongan terhadap pembangkang tidak boleh dinafikan.

Nama-nama besar seperti Tuan Guru Nik Aziz, Hassan Shukri (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ), Haron Taib ( bekas Ketua Dewan Ulamak PAS ), Ustaz Azizan Razak ( bekas Menteri Besar Kedah ) dan Haron Din ( bekas Timbalan Mursyidul Am Pas ) merupakan magnet besar pengalihan minat orang Melayu terhadap PAS dan pembangkang.

tgna-600x367

Kini kesemua di atas sudah pun pulang ke rahmatullah.

Mereka ini merupakan kelompok pimpinan PAS yang berjaya menyatukan Melayu, Cina dan India dalam menghala tujukan arah politik berbentuk keserderhanaan .

Pada PRU 2008 kita telah diperlihatkan bagaimana momentum orang bukan Islam menjalankan kempen menyokong PAS. Situasi pada saat itu sukar untuk ditemui lagi selepas ini.

Keputusan PRU 2008 sudah diketahui.

Malangnya suasana di atas sukar untuk dilihat lagi selepas ini.

PAS mengambil keputusan untuk berpecah dari pakatan pembangkang. PAS juga telah berpecah kepada dua.

Agak malang apabila ramai pemimpin muda dalam PAS telah beralih arah dan menyertai AMANAH.

Nama-nama besar seperti Mat Sabu, Salahudin Ayob, Dr Zulkiflie, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr Mariah Mahmood yang pernah sama-sama bangkit dengan pimpinan pro ulamak kini telah meninggalkan PAS.

530e2a34-412e-4f09-af46-9074459eee35

PAS perlu dilihat semula dalam hirarki partinya mewakili beberapa kelompok pimpinan, ulamak dan profesional.

Nama pemimpin profesional dan muda dari PAS seperti Dr Syed Azman yang merupakan ADUN Batu Burok di Terengganu perlu di diketengahkan oleh pimpinan PAS.

PAS harus mengakui penerimaan pengundi dan penyokong terhadap mereka adalah hasil dari gabungan pelbagai kelompok pimpinan dalam PAS.

Jika PAS tidak mengambil fakta ini, berkemungkinan PAS akan kembali ke era 80-an yang penyokongnya lebih berlegar kepada struktur masyarakat kampungan.

Elok benarlah jika parti PAS kembali tenang bermuhasabah dan memikirkan masak-masak hala tuju dan peranan asalnya yang pernah satu ketika dahulu orang Melayu menganggap mereka sebagai alternatif parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO.

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts