Permintaan umbut pisang tinggi pada Ramadan

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 07 Jun 2017 06:01:15

Umbut batang pisang yang lazimnya digunakan untuk gulai kawah tulang atau daging mendapat permintaan tinggi setiap kali Ramadan. — Foto ihsan Facebook/Ctmasitah Tapsi BALING, 7 Jun — Umbut batang pisang yang lazimnya digunakan untuk gulai kawah tulang atau daging serta dijadikan juadah berbuka puasa di daerah ini, mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan.

Seorang petani dari Kampong Banggol Wan Mat Baling, Shaari Mat, 58, berkata setiap kali bulan puasa dia akan menjadi tumpuan peniaga bazar Ramadan sekitar daerah ini serta dari luar seperti Sungai Petani dan Alor Setar, untuk membekalkan umbut batang pisang itu.

“Setiap hari saya perlu memastikan sekurang-kurangnya 80 kilogram umbut batang pisang disediakan untuk peniaga yang memesannya.

“Sejak 9 pagi saya akan memasuki kebun untuk menebang pokok pisang yang perlu dibuang dan diambil umbutnya bagi memastikan setiap peniaga mendapat bekalan umbut batang pisang sabelum sebelas pagi,” katanya yang mengusahakan kebun pisang miliknya seluas hampir setengah hektar itu.

Umbut batang pisang yang sentiasa mendapat permintaan adalah jenis pisang batu, pisang hutan, pisang awak dan pisang emas dan beliau hanya mengenakan harga RM1.80 bagi setiap kilogram umbut berkenaan.

“Bagaimanapun umbut batang pisang tidak boleh disimpan lama kerana mudah rosak,” katanya.

Selain dijadikan menu istimewa pada bulan puasa, gulai kawah umbut batang pisang juga sering dihidangkan untuk kenduri perkahwinan di daerah ini dan Sik. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts