Permohonan maaf kepada Haji Ahmad Shah Rizal

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 12 Mar 2024 10:31:33

“Kami dari Oh My Media dengan ini dengan rendah hati memohon maaf terhadap Haji Ahmad Shah Rizal berkenaan penerbitan dua artikel di portal kami pada bulan Jun 2022 yang mana telah diterbitkan tanpa asas kesahihan oleh pihak kami.

Kami tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak, dan kami mengakui artikel tersebut menimbulkan pelbagai reaksi kurang menyenangkan daripada pelbagai pihak termasuk memberi kesan negatif terhadap reputasi Haji Ahmad Shah Rizal. Kami benar-benar memohon maaf.

Susulan itu, pihak kami telah mengambil tindakan segera memadam artikel tersebut termasuk di media sosial.

Kami juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam penerbitan artikel kami di masa akan datang serta memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

Dengan rendah diri, sekali lagi kami memohon maaf kepada Haji Ahmad Shah Rizal. Terima kasih.”

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts