by Oh! Semput
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendakwa dia tidak pernah menuntut nafkah ketika anak-anaknya masih kecil kerana memahami keadaan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ketika itu belum berkemampuan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu berpandangan tindakan Abby ketika itu adalah wajar kerana jika nafkah dituntut sewaktu bekas pasangan masih tidak mampu, jumlah yang diperoleh mungkin terlalu kecil walaupun selepas melalui proses mahkamah.

“Kalau tuntut nafkah dengan bekas suami masa dia tak mampu, memang tak ada lah dapat nafkahnya. Walaupun menang kes, paling-paling pun RM100 sebulan. Elok la apa yang Abby buat. Bila dah mampu dia tuntut, dapat juga walaupun belum habis nafkahnya.”
Perkongsian itu kemudian meraih perhatian Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, yang tampil menjelaskan bahawa situasi kini sudah berbeza.
Menurut Abby, dia sebelum ini tidak pernah meminta nafkah kerana tahu keadaan kewangan bekas suaminya ketika itu tidak mengizinkan.
“Bagi kes saya, memang tak pernah nak minta langsung nafkah sewaktu anak-anak saya masih kecil. Sebab saya tahu, bekas suami saya tak mampu.”
“Dulu memang dia tak berapa ada pun, tapi sekarang dah ada dan dah jadi jutawan. Apa salahnya bagi semula hak saya.”
Dalam masa sama, Abby turut meluahkan rasa hairan terhadap segelintir pihak yang mengkritik tindakannya menuntut hak tersebut.
“Yang lain tak ada kena mengena, nak merentan dan marah-marah saya dah kenapa? Pelik-pelik saja perempuan zaman sekarang.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Saya Tak Pernah Tuntut Nafkah Waktu Anak-Anak Kecil Sebab Tahu Norman Tak Mampu” – Abby Abadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.