Pertama Di Malaysia, UTeM Tawar Program Sarjana Muda Teknologi Perkomputeran Kuantum

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 29 Jul 2026 14:30:21

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi universiti pertama di Malaysia yang menawarkan program Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Perkomputeran Kuantum).

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, program baharu itu dibangunkan bagi melahirkan graduan yang menguasai pengetahuan teori serta kemahiran praktikal dalam teknologi perkomputeran kuantum, sekali gus memenuhi keperluan negara terhadap tenaga pakar dalam bidang teknologi strategik yang sedang berkembang di peringkat global.

Bagi menyokong pelaksanaan program tersebut, UTeM turut menyediakan makmal fizikal khusus bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang perkomputeran kuantum. Makmal itu dilengkapi 23 unit komputer kuantum berkapasiti dua dan tiga qubit yang membolehkan pelajar menjalankan eksperimen serta latihan amali menggunakan teknologi sebenar.

Dalam masa sama, UTeM turut memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan tiga universiti di Amerika Syarikat, iaitu University at Buffalo, University at Albany dan University of Texas at Dallas. Kerjasama itu melibatkan pembangunan kurikulum, penyelidikan, pembangunan bakat, mobiliti akademik serta pertukaran kepakaran dalam bidang perkomputeran kuantum.

Foto: Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Mengulas lanjut mengenai program baharu itu, Massila berkata ia selaras dengan pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Program berkenaan akan memberi penekanan terhadap pembelajaran berasaskan amali, penyelesaian masalah serta aplikasi industri bagi memastikan graduan yang dilahirkan memiliki kompetensi tinggi dan memenuhi keperluan sektor teknologi negara.

UTeM menjangkakan kohort pertama akan melibatkan kira-kira 60 pelajar yang bakal memulakan pengajian dalam masa terdekat sebelum menjadi graduan pertama program Teknologi Perkomputeran Kuantum universiti itu menjelang 2030.

{suggest}

Pertama Di Malaysia, UTeM Tawar Program Sarjana Muda Teknologi Perkomputeran Kuantum WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts