save 2.0

Pilihlah Barangan Malaysia, Pilihan Bijak Anda!

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Oct 2020 13:00:06



Sedar tak sedar, Malaysia dah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Tapi anda jer yang tak pernah ‘nampak’ ataupun buat-buat ‘tak nampak’. Hurm… Mungkin sebab mata anda hanya tertumpu kepada barang import? Ye dak?

Why not anda ‘rehat sebentar’ dari membeli barang import kerana dah tiba masanya untuk anda tidak lagi mengagungkan barangan luar. Asal tahu barangan import jer, haa mulalah terbeliak mata tu.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Anda jer yang rasakan barangan Malaysia ni kononnya tak berpatutan.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi, wabak pandemik COVID-19 terutamanyanya ketika ini, anda perlu mengikis sikap ego anda tu. Dah tahu-tahu dah memang tidak menguntungkan. Tapi itulah, ramai sangat memandang rendah barangan tempatan ni. Apa kata anda buang mindset macam tu dan sokong barang buatan Malaysia!

Berbelanjalah Untuk Malaysia!

Kenapa yer anda perlu sokong dan beli barang buatan Malaysia ni? Sebenarnya ia dapat merancakkan lagi ekonomi negara kita memandangkan kita sekarang ni masih lagi ‘diserang’ COVID-19. Secara tak langsung, dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan takut beli barang buatan Malaysia ni sebab banyak jer barang Malaysia ni capai standard kualiti malah lebih baik lagi dan dah tembusi pasaran luar lagi tau. Tak percaya, Hah! Anda baca ni…

Banyak Barangan Malaysia Setanding Luar Negara

Banyak jer barang buatan Malaysia macam kereta, dah menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran. Antaranya Khind dan Pensonic. 2 jenama ni dah tembusi pasaran luar negara tau!

Bukan itu jer gais, barangan berasaskan kain seperti pakaian dan pelbagai jenis produk lain turut dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. Dan memang tak dapat dinafikan produk yang mereka hasilkan ini sangat wow!

Produk fesyen yang terkenal antaranya Vincci, Bonia, Poney dan banyak lagi. Eh produk makanan pun ada. Ntah-ntah anda pun mesti tak perasan kan? Meh sini kami listkan; Mamee, PappaRich, Secret Recipe, Babas, Brahim’s, Lingham’s, Old Town White Coffee, Life’s, Munchys’s, Spritzer dan Beryl’s. Haaa..amacam? Confirm anda pun tak tahu kan ni semua produk Malaysia. Hebat kan?

Ada lagi, untuk produk kecantikan, anda boleh tengok bagaimana jenama mereka ni sentiasa ada dalam kepala kita. Antaranya, Silky Girl, Enchanteur dan Safi Rania. See…siapa asyik cakap barang Malaysia tak umph? Mereka ni dah buktikan okay!

Dahtu kenapa anda masih memilih barangan import? Semuanya dah ada depan mata. Even orang luar negara pun membeli produk dari negara kita tau.

Ramai Usahawan & Peniaga Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

Kalau anda tengok sekarang, ramai orang libatkan diri dalam perniagaan terutamanya bila ramai yang hilang kerja sebabkan COVID-19. Disebabkan inilah, anda perlu support mereka, beli barang mereka di samping dapat pulihkan kembali ekonomi negara kita.

Buat apalah membazir duit beli barang import yang mahal-mahal tu sedangkan barang buatan Malaysia tiada tandingan. Eh, barang Malaysia lagi murah dari barang import tu tau. Anda sedar tak, tindakan anda ni sebenarnya membantu mereka dalam mencari rezeki jugak. Nak bagi famili mereka makan.

Jom Sahut Seruan Kempen KBBM

Jadi inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dianjurkan selama ini banyak beri kelebihan pada anda terutamanya. Ye lah, di samping anda membantu peniaga kecil, anda juga dapat jimatkan wang kerana barang buatan Malaysia ni jauh lebih murah berbanding barang import. Tapi kualiti tetap tip top!

Anda kena sahut seruan KBBM. Jangan terlalu bergantung dengan produk import tapi sokong produk Malaysia. Anda mesti memastikan setiap perbelanjaan anda adalah lebih nilai untuk wang ke atas produk termasuk produk tempatan yang berkualiti.

Ekonomi negara akan dapat dipertingkatkan, selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan hasil pendapatan antara satu sama lain. Sama-sama support each other. Kan lebih baik macam ni?

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?

Jom sokong dan beli! Barang baik barang kita. Sama-sama kita rancakkan kembali ekonomi negara. Ubah tabiat anda. Sudah sudahlah bergaya dengan barang import. Kita show off pulak dengan barangan Malaysia.

Terapkan dalam minda anda bahawa produk tempatan yang dihasilkan oleh orang kita lebih baik dan berkualiti. Inilah salah satu tanda sokongan anda untuk lebih menghargai produk keluaran negara sendiri.

Lepas ni dah boleh mulakan langkah anda untuk beli barang tempatan dengan harga yang jauh lebih murah. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?

Untuk info lanjut anda boleh jer terus ke Laman Rasmi Web SpaceDeals, KPDNHEP.

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News