by Oh! Semput
Tular di media sosial berkenaan satu pasangan kantoi berduaan dalam kawasan masjid di dalam sebuah kereta telah menjadi bualan ramai memandangkan mereka dicekup oleh orang awam yang kebetulan berada di situ.
Menerusi video yang dikongsi akaun X MALAYSIA MOST VIRAL, pasangan yang menaiki kereta jenis Perodua Axia telah berada dalam keadaan mencurigakan sewaktu cuaca hujan di kawasan masjid sebelum bergegas memecut kenderaan selepas disergah orang awam.

Disebabkan nombor plat kereta tersebut jelas kelihatan, orang ramai telah mencari tahu pemilik Perodua Axia sehingga seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Helmi Hamdan tampil memberi penjelasan.
Difahamkan, kereta terbabit telah digunakan oleh adiknya ke tempat belajar sebelum dipinjam oleh rakannya dengan tujuan mahu menghantar kenalan ke klinik.

Disebabkan kereta berkenaan atas nama bapanya, keluarga mereka serta adiknya yang merupakan seorang hafiz al-Quran telah difitnah sebagai kaki maksiat susulan tularnya video tersebut.

Artikel lain: Influencer ditahan polis disyaki buat panggilan lucah & tunjuk kemaluan
Susulan daripada itu, dia berharap supaya pihak berkenaan insaf dan mengambil pengajaran diatas apa yang sudah berlaku.
Jelasnya, kereta terbabit terpaksa direhatkan sementara susulan keluarganya mendapat ancaman berikutan kejadian yang mengakibatkan keluarga mereka turut terpalit sama.
Susulan daripada itu, Helmi berharap penyebaran penjelasan yang dibuat dapat membersihkan nama bapa serta adiknya berhubung isu tular tersebut.
: X MALAYSIA MOST VIRAL, Facebook Helmi Hamdan