by Oh! Semput
Kuala lumpur -Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB)merupakan antara kaedah pelaburan pilihan untuk melabur dalam ASB lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berdisplin dalam pelaburan.
Ramai telah berjaya membina tabungan menerusi kaedah ‘pelaburan paksa’ ini kerana apabila meminjam, ia menjadi komitmen sedangkan jika melabur sendiri, ia dilakukan hanyn apabila ada lebihan atau kesempatan.
Namun, ramai juga yang mengeluh kerana kesilapan dalam mengatur strategi menyebabkan mereka gagal mencapai matlamat yang diidamkan, malah akhirnya menganggap pinjaman yang diambil sebagai satu bebanan.
Naib Presiden, Jabatan Pemasaran dan Jualan, Amanah Ha ham Nasional Berhad (ASNB), Siti Norilah Shamsul Bahri berkata, kesilapan utama yang sering dilakukan pelabur ialah mengambil pinjaman melebihi kemampuan kerana mengikut kata ejen bank yang menawarkan pinjaman ASB.
“Ada yang mengambil pinja- man sehingga RM200,000 dengan ansuran bulanan sehingga lebih RM1,000 sedangkan gaji mereka hanyalah RM3,000.
“Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan kaedah rolling dividen yang mana peminjam hanya perlu membayar ansuran bulanan untuk tahun pertama dan pada tahun berikutnya, mereka boleh menggunakan agihan pendapatan tahunan ASB untuk melangsaikan hutang,” katanya pada Seminar Pelaburan Khas – PembiayaanASB di Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Apa yang sering dilupakan peminjam ialah ASB sebagai sebuah tabung unit amanah yang prestasinya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa danjuga pasaran saham, ASB tidak pernah menjanjikan kadar agihan pendapatan pada paras tertentu.
Justeru, sekiranya anda berdepan dengan mana-mana individu yang menjanjikan pulangan tertentu daripada ASB,untuk memujuk anda mengambil pinjaman ASB sehingga ke paras maksimum, maka andaperlu berhati-hati sebelum membuat keputusan.
Secara asasnya, pelabur mempunyai pilihan untuk me minjam dalam jumlah yang difikirkan sesuai dengan kemampuan diri dan matlamat yang ingin dicapai.
Beliau berkata, pelabur yang menggunakan agihan pendapatan tahunan untuk membayarmansuran bulanan sebenarnya tidak menerima sebarang manfaat daripada pelaburan.
“Ini kerana mereka tidakmmenikmati pengembangan modal dan modal mereka itu juga tidak dilindungi daripada mengecil akibat inflasi,” katanya.
Menurut Siti Norilah, pembiayaan ASB sepatutnya dilihat sebagai komitmen hutang oleh peminjam sama seperti pembiayaan kenderaan mahupun rumah.
“Pernahkah anda beli kereta dan mengharapkan kereta tersebut memberi pulangan supaya anda boleh membayar semula pinjaman. Jadi mengapa anda memohon pembiayaan ASB,
namun mengharapkan dividen yang diterima setiap tahun untuk membayar ansuran bulanan,” soalnya.
Beliau memberitahu, ketika memohon pembiayaan tersebut,seseorang pelabur sepatutnya sudah membuat- kira-kira dengan mengambil andaian sekiranya ASB tidak membayar dividen pada tahun berkenaan,adakah pelabur mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut?
“Dengan cara ini, anda akan membuat pinjaman mengikut kemampuan sahaja,” katanyamlagi.
Siti Norilah berkata, pembiayaan ASB boleh memberi manfaat kepada pelabur-pelabur yang kurang berdisiplin untuk membuat pelaburan secara konsisten menggunakan wang tunai setiap bulan.
Jelasnya lagi, dengan menjadikan pembiayaan tersebut sebagai komitmen hutang, para pelabur secara tidak langsung terpaksa membuat pembayaran kepada bank pada setiap bulan dan ia membantu mereka menerima manfaat pelaburan dalam jangka panjang iaitu selepas tamat tempoh pembiayaan.-KOSMO