by Oh! Semput
Selepas 20 tahun beroperasi, X, rangkaian sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memperkenalkan ciri Kawalan Ibu Bapa yang membolehkan ibu bapa memantau dan mengurus aktiviti anak remaja di platform itu.
Melalui ciri ini, ibu bapa atau penjaga boleh:
X turut menetapkan beberapa had bagi melindungi privasi remaja. Ibu bapa dan penjaga tidak boleh melihat sejarah carian atau tontonan, membuat hantaran bagi pihak remaja, mahupun mengakses akaun mereka. Setiap perubahan yang dibuat melalui ciri Kawalan Ibu Bapa juga akan direkodkan dan boleh dilihat oleh remaja berkenaan.

Bagi menggunakan ciri ini, kedua-dua pihak perlu bersetuju sebelum penyeliaan bermula. Seorang ibu bapa atau penjaga boleh menyelia sehingga lima akaun remaja, tetapi setiap remaja hanya boleh dipautkan kepada seorang ibu bapa atau penjaga pada satu-satu masa. Penyeliaan ini juga akan tamat secara automatik apabila remaja tersebut mencapai usia dewasa.
Menurut X, akaun pengguna remaja sememangnya mempunyai beberapa perlindungan secara default. Antaranya termasuk mod terlindung, sekatan terhadap kandungan media sensitif dan larangan iklan bersasar. Ciri Kawalan Ibu Bapa baharu ini menyediakan alat tambahan untuk keluarga mengurus keselamatan remaja ketika menggunakan platform tersebut.
X menetapkan pengguna perlu berusia sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menggunakan platform itu, atau lebih tinggi sekiranya diwajibkan oleh undang-undang tempatan.
{suggest}