Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 03 Nov 2026 11:00:12

Maklumat rasmi mengenai sekolah di seluruh negara bakal dihimpunkan dalam satu platform digital berpusat menerusi Portal Sekolahku, yang dibangunkan bagi memudahkan ibu bapa, penjaga dan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan.

Menerusi portal ini, maklumat yang disediakan merangkumi carian sekolah berdasarkan lokasi, profil dan statistik asas sekolah. Penyatuan maklumat tersebut membolehkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan sekolah melalui satu saluran.

Pembangunan Portal Sekolahku diterajui oleh Kementerian Digital menerusi GovTech Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kerjasama ini menggabungkan kepakaran teknologi GovTech Malaysia dengan pengetahuan KPM mengenai ekosistem pendidikan negara.

Menurut Kementerian Digital, kerjasama ini turut mencerminkan pelaksanaan pendekatan Whole-of-Government dalam pembangunan penyelesaian digital kerajaan.

Portal Sekolahku kini diserahkan kepada KPM untuk pemilikan dan pengoperasian selanjutnya. Kementerian berkenaan seterusnya akan memastikan ketepatan maklumat, tadbir urus data serta penambahbaikan portal terus diberi perhatian bagi memenuhi keperluan pengguna.

{suggest}

Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts