by Oh! Semput
HONOR baru-baru ini secara rasminya telah memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu HONOR X9e Pro. Telefon pintar ini hadir dengan pelbagai peningkatan ‘PRO’ daripada pelbagai sudut seperti bateri, ketahanan, kecerahan skrin, kamera, pemproses dan kecerdasan buatan. Lebih menarik, pra-tempah termasuk tablet percuma telah pun dibuka.
Antara spesifikasi yang menarik pada telefon ini adalah dari segi daya tahannya. HONOR X9e Pro ini dilengkapi bateri gergasi berkapasiti 11,000mAh yang menawarkan sehingga 66.8 jam main semula video, 164.5 jam main semula muzik, dan 35.6 jam pelayaran video pendek.

Ketahanan fizikalnya dibina daripada rangka yang diinspirasikan daripada crash-beam kereta lumba. Ia juga hadir dengan penarafan IP68, IP69, dan IP69K yang mampu menampung ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter dan mempunyai sistem saliran khas untuk mengeluarkan lebihan air menerusi pembesar suara.

Paparan skrin pada telefon ini dinaiktarafkan sehingga kecerahan 10,000 nits, dimana terdapat 67% peningkatan berbanding generasi-generasi yang terdahulu.

HONOR turut mengatakan siri ini sebagai telefon kelas pertengahan yang laris di Malaysia. Ia mengekalkan kedudukan pertama selama empat generasi berturut‑turut. Di peringkat global, siri ini telah merekodkan lebih 130 juta unit terjual.
Tidak ketinggalan, HONOR X9e Pro ni menampilkan kamera utama 108MP OIS dengan sensor 1/1.67 inci dan bukaan aperture f/1.75, disokong oleh penstabilan imej optikal (OIS) bertahap CIPA 6.0. Spesifikasi ini turut dilengkapi ciri Underwater Colour Tuning yang berfungsi menstabilkan tona warna biru atau hijau apabila mengambil gambar di dalam air.

Buat penggemar AI, telefon ini dimuatkan dengan tiga ciri utama iaitu Enhanced Night untuk mengoptimumkan kualiti gambar Mod Malam secara automatik, AI Enhanced Zoom untuk menajamkan imej zoom melebihi 3x dan AI Enhanced Portrait untuk meningkatkan hasil gambar potret. Selain itu, HONOR turut menambah fungsi AI Image‑to‑Video 2.0 yang sebelum ini hanya ditawarkan secara eksklusif pada siri flagship HONOR 600.
HONOR X9e Pro turut hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 6 Gen 5. Ia merupakan peningkatan daripada Snapdragon 6 Gen 4 yang digunakan pada model HONOR X9d sebelum ini.

HONOR turut menaik-taraf perlindungan selepas jualan melalui pakej HONOR Rakyat Care+. Selepas memperkenalkan perlindungan retak skrin selama 180 hari pada model HONOR X9a, model HONOR X9e Pro kini menawarkan perlindungan retak bahagian depan dan belakang sehingga 730 hari. Ia juga disertakan dengan perlindungan kerosakan cecair selama 730 hari serta lanjutan jaminan tambahan selama 1 tahun, semuanya tanpa caj tambahan.

HONOR X9e Pro ditawarkan di Malaysia dengan dua pilihan storan. Model 8GB + 16GB RAM bersama 256GB storan dijual pada harga RM1,899 manakala model 8GB + 16GB RAM bersama 512GB storan ditawarkan pada harga RM2,399.
Untuk pengguna yang membuat pratempah, HONOR menawarkan hadiah percuma bernilai RM1,626. Pakej ini termasuk tablet HONOR Pad X7 (4GB + 128GB WiFi), jaminan retak skrin depan dan belakang selama 730 hari, perlindungan kerosakan cecair untuk tempoh sama, serta lanjutan jaminan tambahan 1 tahun tanpa caj. Pembeli pratempah juga akan menerima rebat tunai RM100.

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia