by Oh! Semput
Di Computex Jun laluu, ASUS ROG Xbox Ally X20 diumumkan sebagai model kemas kini untuk ROG Xbox Ally sempena ulang tahun Xbox yang ke 20 tahun. Selepas hampir tiga bulan dilancarkan tanpa pengumuman harga, ASUS akhirnya membuka pratempahan ROG Xbox Ally X20 pada harga bermula $1299 (~RM5,231) untuk konsol sahaja atau $2,499 (~RM10,023) untuk berkas mengandungi konsol serta ROG XREAL R1 Edition 20 Gaming AR Glasses, dbrand Killswitch dan Pelican Case. Harga jualan adalah jauh lebih mahal berbanding RM4299 untuk ASUS ROG Xbox Ally X yang dilancarkan Oktober tahun lalu.

Perubahan paling besar pada model ini ialah penggunaan skrin 7.4″ OLED menggantikan skrin 7″ LCD yang digunakan pada dua model terdahulu. Hasilnya ialah skrin lebih terang, melepasi piawaian DisplayHDR TrueBlack 1000 dan menyokong Dolby Vision.
Selain itu tubuh konsol kini sedikit lustinar membolehkan komponen dalaman dilihat. Perubahan besar lain yang dilakukan ialah dua tombol kawalan analog kini dilengkapi sensor TMR (Tunnel Magnetoresistance) yang menyelesaikan isu stick drift dengan kubah butang muka juga direka semula untuk lebih selesa dipegang. Butang D-Pad kini boleh diubah ke mod 4 arah atau 8 arah dengan memutarkannya 90 darjah. Akhir sekali butang Xbox kini menyala dengan lampu hijau.

Konsol masih lagi menggunakan cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme, memori 24GB LPDDR5X-8000 RAM, storan 1TB M.2 2280 SSD dan bateri 80Wh. Terdapat 1x USB-Thunderbolt 4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DP 2.1, pembaca kad UHS-II microSD dan satu bicu audio 3.5mm. Storan SSD juga boleh digantikan sendiri oleh pengguna. Ia sedikit lebih berat (756g) berbanding model terdahulu (715g). Tiada perubahan dilakukan berbanding ROG Xbox Ally X yang dilancarkan Ogos tahun lalu.

Cermin mata AR ROG Xreal R1 Edition 20 yang boleh memaparkan skrin maya sebesar 171” 240Hz menggunakan micro‑OLED dengan masa tindak balas 0.01ms. Pratempahan telah dibuka dengan ia akan dipasarkan secara meluas bermula 15 Oktober.