Program 2ndchance Ride To School bantu perangi dadah

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 08:01:07

PUTRAJAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan mengadakan Program Peluang Kedua ke Sekolah (2ndchance Ride To School) di sekolah yang mempunyai pelajar berisiko, bermula bulan depan.

Pelajar atau belia berisiko itu termasuk penagih dadah, bekas penagih, pelumba haram, kecelaruan identiti dan tercicir dari sekolah, seperti ditakrifkan dalam Dasar Belia Malaysia.

Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan, berkata isu gejala sosial kini mendapat liputan meluas media dan secara tidak langsung mempengaruhi minda masyarakat yang memandang serong kepada belia masa kini.

“Menyalahkan belia tanpa merawat punca masalah bukan satu tindakan adil. Ini kerana ada beberapa faktor lain menyumbang kepada permasalahan berkenaan termasuk pengaruh media sosial, perpecahan dalam keluarga, sistem pendidikan dan daya tahan belia yang rendah serta faktor ekonomi.

“Kelemahan sedia ada perlu diatasi secepat mungkin supaya ‘penyakit’ yang ada dalam kalangan belia kini dapat diatasi,” katanya pada sidang media Himpunan Anak Sentral di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup.

Mohammad Rizan berkata, program yang turut mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan itu akan membantu kerajaan memerangi gejala ketagihan dadah dan pil khayal dalam kalangan belia.

“Kita akan membawa belia yang pernah mempunyai sisi gelap pada masa dulu untuk berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar sekolah dan bagaimana mereka berjaya tanpa membuat perkara terlarang itu.

“Selain itu pihak MBM turut bekerjasama dengan kelab motosikal kerana kita tahu ia bertepatan dengan minat utama golongan sasar berkenaan. Meminati motosikal tidak salah, namun tanpa pengetahuan dan kemahiran formal, ia membuatkan mereka tersasar ke arah negatif seperti membuat perlumbaan haram di atas jalan raya,” katanya.

Program 2ndchance Ride To School akan dilancarkan dalam Himpunan Anak Sentral pada Ahad ini di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts