by Oh! Semput
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh PROTON, melancarkan pertandingan e.MAS Impianku yang mengajak rakyat Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan rekaan Proton e.MAS impian mereka.
Dibuka dari 19 Oktober hingga 30 November 2026, pertandingan ini menawarkan dua kategori, iaitu kategori awam dan Edisi Pelajar Universiti.

Bagi kategori awam, tiga pemenang utama masing-masing akan menerima model 3DÂ berukuran 10-inci berdasarkan reka bentuk yang dihantar. Lima pemenang saguhati pula akan menerima model miniatur 3D bersaiz 5-inci yang dihasilkan berdasarkan rekaan masing-masing sebagai barangan koleksi eksklusif.
Sementara itu, kategori pelajar menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk pemenang utama, RM600 bagi tempat kedua dan RM400 bagi tempat ketiga. Sebanyak 12 pemenang Anugerah Kreativiti juga akan menerima barangan cenderamata PROTON e.MAS.
Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu melayari laman rasmi protonemasimpianku.com dan memilih kategori yang bersesuaian pada borang penyertaan, sama ada “General Public” atau “University”.
Peserta kemudian perlu menyalin contoh arahan AI (prompt) yang disediakan di bahagian “How to Join”. Arahan tersebut boleh diubah suai menggunakan mana-mana platform AI generatif untuk menghasilkan rekaan Proton e.MAS mengikut kreativiti masing-masing.

Selepas menyiapkan rekaan, peserta perlu memuat naik hasil tersebut ke laman web pertandingan dan melengkapkan borang penyertaan. Semua rekaan mestilah karya asli yang dijana menggunakan AI serta mematuhi terma dan syarat pertandingan.
Penyertaan kategori awam terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia. Sementara itu, kategori pelajar universiti dikhususkan kepada pelajar berumur 18 tahun ke atas yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di Malaysia.
Peserta boleh menghantar lebih daripada satu rekaan, tetapi hanya dibenarkan menyertai satu kategori pertandingan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 November 2026, jam 11.59 malam.
Bagi kategori awam, semua rekaan yang memenuhi syarat penyertaan akan dipaparkan dalam galeri digital di laman web pertandingan untuk membolehkan orang ramai melihat dan mengundi rekaan kegemaran mereka dari 5 hingga 13 Disember 2026.
Sebanyak 20 rekaan yang menerima undian tertinggi akan disenarai pendek untuk penilaian akhir oleh panel juri. Setiap pengundi dibenarkan mengundi sehingga tiga kali sepanjang tempoh pengundian.
Penilaian akhir mengambil kira kreativiti dan keaslian rekaan, elemen futuristik dan inovasi, kesesuaian dengan Proton e.MAS serta daya tarikan reka bentuk secara keseluruhan.
Sementara itu, pemenang Edisi Pelajar Universiti akan dipilih sepenuhnya oleh panel juri berdasarkan kriteria penilaian yang sama, tanpa melibatkan undian orang ramai.
Untuk maklumat lanjut menegnai pertandingan dan syarat penyertaan, layari laman rasmi protonemasimpianku.com.
{suggest}
Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri WISER.MY.