Proton S70 Lite Dan Prime Diperkenal, Anggaran Harga Bawah RM60,000

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 07 Sep 2026 07:30:13

PROTON memperluaskan barisan S70 di Malaysia menerusi pengenalan dua varian baharu, S70 Lite dan S70 Prime, dengan anggaran harga di bawah RM60,000.

Berbeza daripada varian S70 sedia ada, kedua-dua varian baharu ini menggunakan enjin i-GT 1.5 liter aspirasi semula jadi yang dipadankan dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT).

PROTON menyasarkan konfigurasi ini kepada pengguna yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan pemanduan harian pada harga lebih mampu milik.

Walaupun diletakkan pada kedudukan harga lebih rendah, S70 Lite dan Prime masih menawarkan beberapa ciri utama termasuk PROTON Ride and Handling, tiga mod pemanduan serta Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Kelengkapan lain merangkumi Electric Parking Brake (EPB) dengan Auto Brake Hold, Remote Engine Start, semua tingkap dengan fungsi Auto Up/Down dan Anti Trap serta lima port USB, dengan kelengkapan berbeza mengikut varian.

Dari aspek keselamatan, kedua-duanya diberikan enam beg udara, sensor parkir hadapan dan belakang, kamera undur serta Rear Side Radar System. Sistem tersebut merangkumi Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Door Opening Warning dan Rear Collision Warning.

PROTON turut mengekalkan fokus terhadap ruang kabin S70, termasuk lantai belakang yang hampir rata dan ruang bahu yang luas untuk penumpang belakang.

Tempahan S70 Lite dan Prime dibuka mulai 7 September di semua cawangan sah PROTON di seluruh negara. Buat masa ini, PROTON hanya menyatakan anggaran harga di bawah RM60,000, manakala harga rasmi akan diumumkan ketika pelancaran kelak.

Pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan S70 Lite atau Prime sebelum 31 Disember 2026 turut layak menerima ganjaran tempahan awal yang akan diperincikan kemudian.

{suggest}

Proton S70 Lite Dan Prime Diperkenal, Anggaran Harga Bawah RM60,000 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts