RM9.6 juta baik pulih 39 klinik daif di Kelantan, kata menteri

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 05 Jun 2023 11:30:37

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata klinik yang telah dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian. 

Beliau berkata bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan. 

Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini. – Bernama, 5 Jun, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts