Punca Sebenar Tawau Dilanda Banjir Kilat

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 14:00:18


Pertembungan air pasang besar dan air Sungai Tawau

TAWAU, 29 Disember 2016 — Pertembungan air pasang besar dan air Sungai Tawau yang melimpah berikutan hujan lebat berlarutan sejak pukul 3 petang tadi mengakibatkan banjir kilat berlaku di Jalan Chong Thien Vun di sini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kol Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata kawasan itu dinaiki air dengan kedalaman kira-kira 0.35 meter.

Namun katanya sehingga 6.45 petang tadi semua jenis kenderaan masih boleh melalui laluan tersebut.

Gambar / Foto Banjir Kilat di daerah Tawau Terkini

“Dan sejak pukul 4 lagi kerja-kerja pemantauan telah dan sedang dijalankan sehingga kini bagi memastikan keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar di pantau,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita Terdahulu: Banjir Kilat Tawau Hari Ini

Pada 17 Oktober lalu kejadian pertembungan fenomena air pasang besar dan hujan lebat juga mengakibatkan banjir kilat di Kampung Bako, Kuching.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts