by Oh! Semput
Pelakon Amyza Aznan meminta orang ramai tidak memperbesarkan isu mengenai penampilannya yang kini sering memakai niqab atau purdah sehingga ada yang mendakwa dirinya mempermainkan agama.
Menurut Amyza, 50, keputusan untuk memakai purdah dibuat atas pilihannya sendiri dan bukan kerana paksaan mana-mana pihak.

“Memang memang akan ada kata-kata itu, tetapi jangan ambil seriuslah. Sebab pakai purdah adalah benda yang tidak wajib, kalau mahu, saya pakai — jika nak buka, tanggallah.
“Purdah bukan macam tudung yang menjadi kesalahan kalau sekejap pakai sekejap buka dan saya sendiri selesa berpurdah.
“Tidak mempermainkan agama pun, isu purdah ini benda yang tak perlu diperbesar oleh orang ramai.”
Amyza berkata, kini hampir 99 peratus setiap kali keluar, dia akan memakai purdah kerana berasa lebih selamat, tenang dan selesa.
“Sekarang ini boleh dikatakan 99 peratus setiap kali keluar, saya akan berpurdah.
“Setiap kali pakai purdah, rasa selamat, selesa, tenang dan rasa diri mahal sebagai seorang perempuan. Tidak tahu nak cakap macam mana tetapi sangat nikmat.”
Menurutnya, semuanya bermula ketika dia memakai purdah untuk menziarahi kubur Allahyarham anaknya, Andre Mikhail, sebelum semakin selesa dengan penampilan tersebut.
@buzzingmalaysia AMYZA AZNAN SERTAI KILAUAN EMAS SELEBRITI! ? Lepas bertahun tak naik pentas, Kak Amyza kembali! Tapi kali ni bukan konsert biasa. Ini KILAUAN EMAS SELEBRITI ? Masa sidang media semalam Amyza jujur: “Gementar luar biasa sebab lawan peserta ilmu bukan calang-calang. Tapi I set dalam otak I macam buat konsert” Paling kena bila dia cakap: “Nyanyi lagu sedih pun orang gelak. Tak nyanyi pun orang gelak. Lantak engkaulah” ? Itu baru mentaliti fighter! Walaupun kena judge, tetap bagi yang terbaik. Korang sokong Kak Amyza tak? Drop ?? Team #AmyzaAznan mana? #KilauanEmasSelebriti #AmyzaAznan #MYBUZZI #Astro
Amyza turut menegaskan bahawa pemakaian purdah bukan bertujuan untuk mengelakkan dirinya dikenali orang ramai.
Sebaliknya, dia merasakan orang sekeliling lebih menjaga batas pergaulan dan percakapan ketika berhadapan dengannya.
“Banyak benda baik dan positif berlaku, harap benda ini janganlah dijadikan isu kalau kejap saya pakai, kejap buka.”
Dalam masa sama, Amyza berkata dia tetap memilih pakaian longgar dan menutup aurat meskipun tidak semestinya mengenakan jubah setiap kali berpurdah.
Terdahulu, penampilan Amyza Aznan pakai purdah ketika menziarahi kubur Allahyarham Andre menarik perhatian ramai sehingga timbul anggapan bahawa dia sudah mengubah imej sepenuhnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Purdah Bukan Wajib, Kalau Saya Tak Nak Pakai Saya Bukalah” – Amyza Aznan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.