Puspakom Perkenal Teknologi Pemeriksaan Bawah Kenderaan Dipacu AI Pertama Di Malaysia

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 11 Aug 2026 07:30:14

PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) telah memperkenalkan Sistem Pemeriksaan Bawah Kenderaan (Undercarriage) Berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia sempena Jelajah Malaysia Digital 2026.

Inovasi yang dibangunkan dengan kerjasama Keymag Sdn. Bhd. ini mengautomasikan pengesanan kecacatan seperti hakisan, kebocoran minyak, serta kerosakan sistem brek dan struktur kenderaan.

Penggunaan AI membolehkan masa pemeriksaan dipercepatkan sehingga 90% iaitu daripada 10 minit kepada kira-kira seminit sahaja.

Sistem pemeriksaan “undercarriage” berkuasa AI PUSPAKOM menganalisis imej berdefinisi tinggi bagi mengenal pasti potensi kecacatan struktur, kakisan dan isu keselamatan lain.

Peningkatan kecekapan ini membantu meminimumkan masa henti pemandu komersial sekali gus menyokong kelancaran ekosistem logistik negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, keupayaan AI ini meningkatkan ketelusan dan konsistensi pemeriksaan tanpa mengabaikan integriti. 

PUSPAKOM dalam satu kenyataan menegaskan, walaupun menggunakan AI, keputusan akhir lulus atau gagal masih dilaksanakan sepenuhnya oleh Pemeriksa Kenderaan terlatih kerana ia tidak menggantikan kepakaran manusia.

Pada masa yang sama, PUSPAKOM turut memaklumkan mereka kini sedang memperluaskan projek ASTRA iaitu penyelesaian pemeriksaan atas kenderaan (above-carriage inspection) yang dibangunkan bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

{suggest}

Puspakom Perkenal Teknologi Pemeriksaan Bawah Kenderaan Dipacu AI Pertama Di Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts