by Oh! Semput
Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly, mencuri perhatian apabila berkongsi gelagat menantunya, Elisya Sandha, yang rajin menyediakan juadah berbuka puasa buatnya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Sheila menceritakan Elisya kebiasaannya akan bertanya terlebih dahulu mengenai menu yang diinginkan sebelum menyediakan hidangan untuk berbuka.
Menurut Sheila, pada awal pagi lagi Elisya sudah bertanya juadah yang mahu dinikmati.

Perkongsian tersebut turut memaparkan hidangan yang dimasak oleh Elisya antaranya tempoyak udang dan ikab berlado sekali gus membuatkan netizen turut terliur.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji sikap rajin dan layanan baik Elisya terhadap mentuanya. Malah, ada yang menyifatkan pelakon itu sebagai menantu yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang keluarga.
Dalam masa sama, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kagum terhadap hubungan erat antara Sheila dan Elisya. Menurut mereka, layanan baik yang ditunjukkan Sheila sebagai mentua turut menjadi faktor hubungan kekeluargaan mereka kekal harmoni.



Artikel lain: Sedia masak apa sahaja, Sheila Rusly suka menantu ‘request’ makanan
Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah memaklumkan bahawa dia bersyukur apabila dikurniakan anak menantu yang gemar meminta pelbagai hidangan untuk dimasaknya.
Menurut Sheila, dia sendiri gemar bertanya kepada menantunya mengenai makanan yang diinginkan sebelum memasak buat mereka.
: Threads sheilarusly_jspictures