Satu insiden dan kekecohan yang amat mengejutkan apabila David Teoh seorang penerbit drama dan filem telah ditampar oleh Mat Over seorang pelakon dan pelawak terkenal, di hadapan Perdana Menteri, Malaysia, Dato Najib Razak semalam ketika sesi Dialog Transformasi Seri Perdana, di Putrajaya.
Mat Over dikatakan telah menampar David Teoh kerana dipercayai sikap penerbit drama dan filem itu disifatkan sebagai kurang ajar kerana tidak menghormati Perdana Menteri.
Insiden berkenaan bermula setelah David menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Rosyam Nor yang tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.
David menyifatkan tindakan Rosyam tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada mereka di barisan belakang untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan.
Dalam kekecohan mempertahankan pendapat masing-masing, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke depan pentas bagi memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar sambil menampar muka penerbit itu.
Di sebalik kekecohan itu, Najib dan Rosyam tetap meneruskan dialog sehingga ke penghujung acara sehinggalah David dan Mat Over dibawa masuk semula ke dalam dewan untuk bertemu Najib bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.
Dalam pada itu, David tidak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu.
"Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.
"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," katanya.
Rakaman video yang menunjukkan Mat over meminta maaf kepada David Teoh dan akhirnya mereka telah berdamai.
PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima mereka.Menerusi se
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa kelewatan urusan pengebumian seorang jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shah
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua calon PH yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya turun mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta mengutamakan amanah yang diberikan pengundi.Menerusi han
Seorang guru lelaki berusia 38 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian yang dipercayai berlaku di daerah Temerloh, Pahang.Ketua Polis Daerah Teme
Seramai 125 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada golongan kurang berkemampuan menerima Bantuan Lestari Siswa Madani melibatkan peruntukan keseluruhan RM62,500 bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian.Majlis penyampaian b
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi urusan pengebumian jenazah seorang lelaki di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang.Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata,
Kerajaan MADANI mengumumkan tiga penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bagi memudahkan peralihan menjelang pelaksanaan akses awal program itu yang bermula esok di Semenanjung Malaysia.Kementerian Kew
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh kira-kira 50 meter di Jalan Kota BharuKuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak, B
Cubaan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh tiga buah kenderaan di Jalan Kuching, petang semalam.Ketua Polis Ku
Cubaan seorang lelaki etnik Rohingya melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak berhasil apabila dia berjaya ditahan oleh orang awam dalam kejadian di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, pada Khamis.Insiden itu menjadi perhat