Rakan Aktivis Noor Azizah Persoal Isu Rohingya Kembali Hangat Di Malaysia, Dakwa Jadi ‘Kambing Hitam’ Menjelang Pilihanraya

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 19 Jun 2026 03:02:45

Aktivis Rohingya berpangkalan di Kanada, Yasmin Ullah yang juga merupakan rakan kepada Noor Azizah, menerima kecaman selepas memuat naik sebuah video yang mempersoalkan mengapa isu Rohingya kembali hangat diperkatakan di Malaysia.

Menerusi video tersebut, Yasmin mendakwa keadaan itu berlaku kerana negara sedang menghampiri musim pilihan raya.

Advertisement

“Tidakkah anda rasa pelik apabila tiba-tiba banyak hantaran mengenai Rohingya yang mahu menuntut status, hak dan tanah di negara anda muncul ketika pilihan raya semakin hampir?” katanya.

Dalam perkongsian sama, Yasmin turut mendakwa komuniti Rohingya sengaja dijadikan “kambing hitam” bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu lain.

Beliau juga mempersoalkan lawatan Menteri Luar Malaysia ke Myanmar dan mendakwa kerajaan sedang cuba “menormalisasikan hubungan” dengan pemerintah tentera negara itu.

@rohingyawomencollab

Hate only brings more hate. Before attacking refugees, ask who benefits from this hate? #Rohingya #Malaysia

? original sound – rohingya women

Selain itu, Yasmin mendakwa kerajaan pada masa sama sedang “mencipta kambing hitam untuk dipersalahkan” dengan menjadikan isu Rohingya sebagai bahan perdebatan awam.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Ramai netizen menyifatkan dakwaan yang dibuat tidak disertakan dengan bukti kukuh, selain menganggap kenyataan itu selari dengan pendirian Noor Azizah yang sebelum ini beberapa kali mengkritik Malaysia di pentas antarabangsa.

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan komuniti Rohingya kembali menjadi perhatian selepas beberapa kenyataan melibatkan aktivis Rohingya tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-18 11:06:57

Azizah Rohingya Terus Dikecam, Jiran Lama Dedah Penipuan - "Tipu Korek Sampah, Padahal Duduk Flat Di Sabah"

Rakan Aktivis Noor Azizah Persoal Isu Rohingya Kembali Hangat Di Malaysia, Dakwa Jadi ‘Kambing Hitam’ Menjelang Pilihanraya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts