Rakyat Malaysia seludup, dera anjing dipenjara 30 minggu di Singapura

by Oh! Semput


10
SHARES
125
VIEWS
Posted on 07 Jun 2017 16:03:05

Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara selama 30 minggu kerana menyeludup 11 ekor anak anjing secara haram ke Singapura. — Foto ReutersSINGAPURA, 7 Jun — Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara selama 30 minggu kerana menyeludup 11 ekor anak anjing secara haram ke Singapura.

Ravichandran Muthusamy, 43, juga dijatuhi hukuman penjara 20 minggu kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada anak-anak anjing itu.

“Kedua-dua hukuman akan berjalan serentak,” kata Penguasa Agro-Makanan & Veterinar Singapura (AVA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama di sini.

Pada 23 Mac, 2017, kira-kira pukul 9 malam, sebuah kereta berdaftar di Malaysia yang dipandu oleh Ravichandran, diarah berhenti untuk pemeriksaan lanjut apabila tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Semasa pemeriksaan, para pegawai ICA menjumpai 11 ekor anak anjing disembunyikan dalam tangki minyak yang telah diubah suai.

Kes itu dirujuk ke AVA untuk siasatan dan mendapati bahawa Ravichandran ditugaskan untuk menyeludup anak-anak anjing tersebut kepada orang tidak dikenali di Singapura.

“Dia telah diarah untuk memandu kereta tersebut memasuki Singapura bersama anak-anak anjing yang disembunyikan.

“Tidak ada makanan atau air yang disediakan untuk haiwan dalam kompartmen yang diubah suai dalam kereta itu yang sempit dan mempunyai ruang yang terhad untuk anak-anak anjing itu bergerak bebas,” kata pihak berkuasa.

Anak-anak anjing itu kini diletakkan di bawah jagaan AVA dan dikuarantin di kemudahannya.

Pengimportan apa-apa haiwan atau unggas hidup tanpa permit AVA adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan denda maksimum S$10,000 dan/atau penjara sehingga setahun. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts