Resepi Pizza Ini Mendapat Lebih Daripada 100 Ribu Perkongsian, Dengan Hanya Menggunakan 6 Bahan Mudah

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 20 Nov 2016 09:00:24


Bila mana ingin menghidangkan sesuatu buat anak-anak, mahu pun keluarga, ada kalanya membuatkan ibu atau isteri buntu untuk memikirkan hidangan apa yang perlu dimasak pada hari tersebut. Mana tidaknya, jika selalu memasak makanan yang sama, sudah pasti anak dan suami akan berasa bosan, serta tidak berselera.

Tetapi, jika anda inginkan kelainan dalam menu harian anda, boleh sahaja menyajikan hidangan ala barat, yang anda sendiri mungkin tidak pernah membuatnya sebelum ini. Mana tahu, suami atau anak akan tertarik dengan menu yang baharu ini.

Masakan apa yang mudah, sesuai, dan agak mengeyangkan, serta mampu memenuhi selera suami dan anak-anak? Admin ada jawapannya, iaitu resepi membuat pizza yang telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook, mari kita lihat perkongsian dari saudari Rafiza Idayu ini, lengkap dengan gambar dan langkah-langkahnya sekali.


Kini Semua Orang Boleh Menyediakan Pizza Tanpa Uli Pizza. Hah! Macamana tu? Jom Kita Tengok Resipinya.

Dengan menggunakan roti paratha segera, resipi ini boleh membantu anda berjimat makan di luar apabila boleh disediakan di dapur sendiri. Anak anak memang sukakan pizza.

Ok.. Nanti share resipi ini di wall anda supaya orang lain dapat idea buat pizza mudah dari rumah. Kita sama sama sebarkan manfaat.

Pizza Mudah Tanpa Uli Pizza 

Tempoh hari saya kongsikan insiden gas habis. Alamak! Kena masak selain dari gas. Pagi pagi nak kena sediakan sarapan ringkas untuk anak anak dan suami.

Alternatifnya adalah oven. Nasib baiklah bahan bahan memang dah stanby di dapur. 


1. Bahan

6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress.

1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera brand Kimball
3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella


2. Topping

3 jenis topping sahaja. Kita ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasa dia.


3. Penyediaan Loyang

Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.


4. Base Pizza

Keluarkan base pizza kita. Ini ngelat namanya. Tak apalah, zaman sekarang nak mudah, tetapi nak nampak hebat hasilnya. Gitu!


5. Tanggalkan Plastik Lapik

Keluarkan plastik lapik Roti Royale Paratha brand Fatihah ini. Tanggalkan ketika masih bekusebaik keluar dari peti sejuk. Jika lambat, bimbang melekat plastik dengan roti paratha tersebut.


6. akkan Atas Loyang

Kemudian paratha susun atas loyang. Sapu sos spageti ke atasnya. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah.


7. Menyediakan Topping Bersama Pembantu Cilik

Jika ada pembantu cilik mahu hulurkan bantuan, redha sahajalah. Kita beritahu nak buat bagaimana.

Saya memang syorkan anak anak turut serta dalam aktiviti di dapur. Dari kecil kita dah latih anak anak kita tentang bantu membantu. Taklah anak kita membesar nak jadi diva lah sangat.


8. Mozarella Cheese

Kemudian letakkan mozarella cheese. Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.


9. Lapisan Pertama Topping

Susun sosej di atas lapizan mozarella. Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak.


10. Topping Tambahan Yang Lain

Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland. Boleh gantikan dengan capsicum atau cendawan butang.


11. Diakhiri Dengan Taburan Mozarella Cheese

Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese. Nak tambahkan cheddar cheese boleh juga. Cheddar cheese tak ada effect tarik seperti mozarella tetapi rasa cheddar cheese lagi sedap dari mozarella.


12. Masukkan Dalam Oven 

Masukkan dalam oven. ak ditengah tengah menggunakan api atas bawah. Masak selama 20 minit. Boleh guna suhu 170 atau 180 darjah.

Suhu rendah sedikit tetapi kita panjangkan masa pembakaran. Jadi base paratha itu akan masak sempurna.

Jika guna suhu tinggi 200 darjah, nanti mozarella cheese akan berbuih buih. dikhuatiri juga bahan topping kurang masak. Lagi satu bergantung kepada oven juga. Lain brand, lain oven lain karenahnya.


13. Hasilnya Mengiurkan

Siap dah pizza overdose kita. Mana taknya overdose.. Sampai melimpah keluar dari base pizza. Makan sendiri tak apa ye.


Nyummm... Sesuai untuk sarapan atau minum petang.


Zafran yang super excited dapat tarik pizza. Nak dapat result begini memang kena guna mozarella cheese.


Wah... Anak yang kecil pun sukakannya.


(Kiri) Yang tanya mana nak dapatkan mozarella cheese, boleh dapatkan di pasaraya dan kedai terpilih atau kedai bakery. Yang ini dalam bentuk blok. Kena sagat kalau nak guna. (Tengah) Keju parmesan. Rasanya sedap tetapi baunya agak.. Keju memang ada bahan 'rennet' dalam formulasi. Rennet ini baunya boleh tahan jugalah. Parmesan lebih sedap berbanding cheddar berbanding mozarella. Parmesan tidak melt (cair) jika dibakar. Ianya bahan tambah ketika hendak makan. (Kanan) Cheddar yang selalu digunakan untuk sandwich. Sedap tetapi tiada efek tarik. Melt ketika dibakar.


Ok.. Ini few times buat selepas cubaan pertama buat overdose pizza. Kali ini dah improve sikit. Tak de letak topping overdose..hihi...

Moga-moga dengan perkongsian ini, anda bolehlah hidangkan sesuatu yang lain buat keluarga, ataupun jika ada majlis istimewa, boleh buat pizza, ikut kesukaan sendiri, tidak perlu lagilah untuk memesan pizza sahaja, menjimatkan, juga dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga. Jom kita ke dapur. 

: Siakap Keli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts