Rizalman Ibrahim Terima Gelaran Dato’

by Oh! Semput


42
SHARES
550
VIEWS
Posted on 25 Oct 2016 04:00:32

Pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizalman Ibrahim dianugerahkan  pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’. 

capture-20161024-143903

Tahniah EH! ucapkan kepada Dato’ Haji Rizalman Ibrahim atas penganugerahan yang diterimanya hari ini. Berita penganugerahan tersebut dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun Instagram miliknya.

img_8553

Melalui gambar yang dimuat naik olehnya, Dato’ Rizalman kelihatan memakai baju melayu serba hitam bersongkok serta kain selimpang dan pingat penganugerahan.

 

Tulisnya di dalam kapsyen gambar tersebut, Dato’ Rizalman cukup mensyukuri atas segala yang dikurniakan kepadanya selama ini. Bahkan dia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu yang tidak henti menyokong kariernya selama ini.

Mungkin selama ini saya tidak pernah mengeluarkan kata2 bagi mengalung budi kepada setiap individu yang Allah swt telah tetapkan untuk bertemu di dalam perjalanan hidup saya. Betapa hebatnya sistem lingkaran qada dan qadar yang berlaku dalam setiap kehidupan seseorang individu itu, baik yang datangnya baik atau buruk dari segi sifatnya.. Semuanya adalah kebaikkan semata. Betapa bertemunya kedua ibubapa saya hingga melahirkan zuriat mereka yang bernama Rizalman, bidan yang menyambut, keseluruhan adik beradik yang menjaga kebajikan saya dari kecil hingga dewasa, jiran yang membantu kala susah, pemandu bas yang membawa saya ke sekolah, guru2 yang mendidik, kawan2 yang membakar semangat, batalion pekerja yang menyokong syarikat untuk berdaya maju, kenalan peminat di Instagram serta Facebook yang tidak berhenti berzikir melontarkan doa serta hilaian ketawa anak2 sebagai suri hati. Kepada semua saya ucapkan jutaan terima kasih kerana melihat bakat,pengorbanan serta senantiasa setia berada di sisi saya. Hari ini,hari di mana Allah telah mengangkat darjah dan pangkat saya di dunia. Moga Allah akan mengangkat pangkat dan darjah saya sebegini jua di Akhirat kelak.

A photo posted by rizalman71 (@rizalman71) on

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts